Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Bisnes

Kekal Yakin Dengan Hong Leong Bank, Lisa Surihani Dan Alif Satar Teruja Cipta Sejarah Duta Pertama Bank Tertua Di Malaysia

by Puteri Alia
April 21, 2023
36
KONGSIAN
Share on Facebook

Tampil dengan inisiatif menarik selebriti kesayangan ramai, Lisa Surihani dan Alif Satar mencipta sejarah manis apabila diangkat sebagai duta Hong Leong Bank (HLB) buat julung kalinya.

Apa yang lebih menarik, Hong Leong Bank (HLB) sebelum ini belum pernah melantik mana-mana selebriti tempatan sebagai duta utama dalam mempromosikan mana-mana produk atau servis mereka, namun kali ini gandingan duo kerhormat ini pastinya menjadi pemanis dalam setiap kempen dan inisiatif bank ini, dlaam menawarkan pelbagai kemudahan kepada pelanggan untuk semua segmen perniagaan HLB.

Dalam sidang media baru-baru ini, HLB menjelaskan kerjasama menarik ini bertujuan membina hubungan yang lebih mendalam antara bank tersebut dan pelanggan, membantu meningkatkan profil bank serta mengukuhkan komitmen bank untuk menyediakan perkhidmatan kewangan dan produk yang dibina mengikut keperluan dan keutamaan pelanggan.

Mengulas lanjut tentang pelantikan ini, Ketua Pegawai Pemasaran dan Komunikasi HLB Zalman Zainal berkata sebagai duta jenama, kedua-duanya akan membantu bank berhubung dengan pelanggan serta komuniti yang lebih luas, selain mempromosikan produk dan perkhidmatannya secara bermakna.

“Sebagai usahawan yang maju dengan kemampuan sendiri yang berusaha untuk berbakti kepada masyarakat, mereka juga mencerminkan etos berpaksikan komuniti perbankan, dan kami terus menyediakan produk, perkhidmatan serta penyelesaian kewangan kepada pelanggan untuk memenuhi keperluan dan aspirasi kewangan mereka.

“Kami benar-benar percaya bahawa mereka akan merangkumi sepenuh dan mewakili nilai-nilai HLB untuk dibentangkan kepada khalayak yang lebih meluas,” katanya pada majlis pengumuman duta LHB semalam.

Sementara itu, Lisa Surihani melahirkan kekaguman dengan komitmen HLB untuk memperkasakan rakyat Malaysia dalam mencapai matlamat kewangan mereka dengan menjadikan perbankan mudah dan lancar melalui platform perbankan digital dan inisiatif inklusiviti.

“Sebagai seorang ibu dengan anak-anak kecil, saya menghargai sumber-sumber celik kewangan dan pemuliharaan alam sekitar yang telah dikumpulkan olehHLB di laman web mereka yang saya boleh gunakan untuk mengajar anak-anak saya tentang kepentingan pengurusan kewangan dan melindungi planet kita.,” katanya.

Beliau juga berharap dapat menjadi sebahagian daripada perialanan ini bersama HLB untuk membantu lebih ramai orang, terutamanya keluarga muda, menguruskan kewangan mereka dan membina landasan kukuh untuk anak-anak mereka.

Dari Artis Ke Usahawan, Alif Satar Kini Memudahkan Penghantaran Barang Jemaah Umrah!

Manakala, Alif Satar berasa teruja kerana berpeluang mewakili HLB dalam usaha berterusan untuk menjadikan produk serta perkhidmatan kewangannya boleh diakses oleh semua orang, ini amat penting dalam membantu orang ramai mencapai kebebasan kewangan dan meningkatkan kualiti hidup mereka.

Alif turut menambah, sebagai seseorang yang telah mengalami sendiri kepentingan celik kewangan dan keusahawanan, beliau bersemangat untuk mewakili HLB dalam usaha berterusan mereka untuk meniadikan produk dan perkhidmatan kewangan mudah diakses semua orang.

Katanya, akses mudah kepada produk dan perkhidmatan ini adalah penting dalam membantu masyarakat mencapai kebebasan kewangan dan meningkatkan kualiti hidup mereka, dan celik kewangan ini membolehkan mereka untuk merancang masa depan kewangan mereka.

“Dengan menempatkan keperluan pelanggan di hadapan, HLB dapat membantu ramai lagi orang meningkatkan taraf hidup mereka dan mencapai matlamat kewangan mereka., katanya.

Seiring dengan sambutan Hari Raya yang bakal tiba, HLB juga telah menyediakan video kempen Raya bertajuk
‘Gaya Raya Kita’, yang menampilkan kenangan dan pengalaman beraya melalui pandangan kanak-kanak.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Alif SatarHong Leong BankLisa Surihani
https://lomp.at/rw0uq
Share14Tweet9SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem