Walaupun berada lebih dari 2 dekad di persada muzik negara, kumpulan vokal R&B bertaraf legendaris yang dianggotai oleh Azan, Cat, Mode, Sein dan Zain, iaitu Ruffedge.
Bermula Jun Hingga Ogos
Masih mempunyai pengaruh yang kuat di Malaysia dan Singapura, buat kedua kalinya, syarikat penganjur acara terkemuka yang membawakan hiburan bermutu dari dalam mahupun luar negara.
YOLO Malaysia sekali lagi bergabung dengan kumpulan tersebut untuk sebuah siri jelajah konsert istimewa di Malaysia dan Singapura digelar RUFFERA ‘That Moment In Time’ bermula Jun hingga Ogos 2023 ini.
Mengimbau Kenangan Lalu
Bertemakan RUFFERA That Moment In Time, Cat berkata, “Konsert ini bukan sahaja mengimbau kenangan lalu, tetapi bagaimana muzik kami berjaya merentasi masa dan kekal relevan sehingga kini, sesetengah lagu tetap kekal ‘evergreen’ tidak kira bila mendengarnya, terutamanya sekarang dengan susuan muzik yang baharu, anda dapat merasai momen itu.
Bagi yang berminat, tiket-tiket akan mula dijual pada 20 April 2023 untuk penduduk Singapura, maklumat lanjut boleh diperolehi di laman sosial YOLO Malaysia dan Ruffedge serta yoloasia.com.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini.