Monday, September 25, 2023
  • HANGAT
  • DIVA
  • STADIUM
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Nampak Seperti Disanjung Tinggi, Hakikatnya Pelakon Veteran Seperti Wan Maimunah Dibayar Ciput Bagai Sedang Mengemis

by Puteri Alia
May 5, 2023
151
KONGSIAN
Share on Facebook

Isu bayaran pelakon veteran yang tidak setimpal dengan bakat dan pengalaman memberi bayangan betapa rendahnya nilai diberi segelintir penggerak industri kreatif terhadap insan seni ini.

Bahkan jauh sekali nilai apresiasi pembikin filem Hollywood terhadap nilai seni dan bakat bintang ‘senior’ yang masih diberi peranan teraju utama meskipun sedang dimamah usia sehingga masih berjaya menggondol trofi Pelakon Terbaik, Anugerah Akademi, pada usia emas, jika dibandingkan dengan senario di Malaysia.

Tidak hairanlah, isu bayaran tidak setimpal, layanan kelas kedua dan diugut syarikat produksi sering disuarakan pelakon veteran sejak dahulu lagi.

Bukan sengaja mengada-adakan cerita atau meraih simpati, namun, situasi itulah yang dihadapi kebanyakkan aktor senior berkaliber, sepanjang bergelar anak wayang.

Tidak seperti artis Hollywood dan Bollywood yang semakin berusia semakin tinggi bayarannya, sebaliknya di Malaysia, makin meniti usia ‘senja’, artis veteran berdepan apa yang dikatakan susut nilai.

Tular kembali video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok memaparkan riak wajah lukuh hati seorang pelakon veteran, Wan Maimunah, 65, apabila hanya ditawarkan bayaran sebanyak RM200 untuk membintangi sebuah telefilem, 2 bulan lalu.

Memetik laporan Harian Metro, terdahulu Wan Maimunah ketika ditemui berkata, isu bayaran rendah kepada pelakon veteran sebenarnya sering diluahkan pelakon lain dan sudah lama, namun sehingga sekarang masih belum ada jalan penyelesaian yang dicapai.

“Saya tidak merajuk dan masih sayangkan karier lakonan ini kerana sudah sebati dengan diri. Tapi, bila fikirkan bayaran tidak setimpal dan amat rendah, lebih baiklah saya duduk di rumah dan berehat. Rezeki Allah itu luas dan ada di mana-mana.

“Cuma, rasa sedih itu membuat hati saya sebak mengenangkan RM200 saja ditawarkan untuk berlakon sebuah telefilem. Jumlah babak mesti banyak dan sudah tentu memenatkan. Tapi, tak apalah memang bukan rezeki saya,” katanya

Mengulas dirinya dikatakan pelakon Gred A, Wan Maimunah berkata, itu orang yang melabelkannya.

Hakikatnya, hanya dia dan pihak produksi yang tahu jumlah bayarannya.

“Saya tetap yakin Allah selalu bersama hamba-Nya yang tidak putus berdoa. Setakat ini untuk makan minum saya masih mampu diurus. Malah, kalau keluar makan di luar sekali-sekala pun, akan ada orang yang saya tidak kenali membayarnya.

“Tahu-tahu saja sudah dibayar. Saya ucapkan terima kasih kepada mereka yang baik hati itu dan mendoakan agar terus dimurahkan rezeki. Sesungguhnya, Allah membantu kita dalam banyak cara yang tidak diduga,” katanya.

Wan Maimunah berkata, dia kini sedia menerima tawaran berlakon daripada pihak produksi yang mengikut kata hatinya mahu bekerjasama seperti membintangi drama arahan Rashid Sibir.

“Untuk tahun ini, saya ada membintangi drama arahan Rashid. Itu pun saya terima kerana kami sudah kenal lama sejak dia (Rashid) baru habis belajar di universiti dulu. Malah, saya pun dah banyak berlakon dengan Rashid sebelum ini,” katanya.

Wan Maimunah berkata, disebabkan diskriminasi bayaran dilalui itu, dia lebih sanggup menerima tawaran daripada syarikat produksi baharu untuk berlakon filem pendek kerana bayaran ditawarkan jauh lebih baik berbanding bekerjasama dengan syarikat produksi lama.

Terdahulu, Wan Maimunah hadir pada majlis penyampaian sumbangan Ahli Persatuan Kebajikan Artis Legenda Malaysia di Dataran Karyawan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Hulu Klang.

Seramai 60 artis veteran dalam kalangan pelakon menerima sumbangan itu berupa sekampit beras dan barangan keperluan dapur lain.

Antaranya, pelakon Aznah Hamid, Razak Ahmad, Shaharuddin Tamby, Rashidah Jaafar, Rozie Othman dan ramai lagi.

What’s your Reaction?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
2

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

FILED UNDER wan maimunah
Share60Tweet38SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

Michael Ang Seloroh Banding Fesyen Syafinaz & Aina Abdul, Undang Pelbagai Reaksi Netizen!-“Ini Tak Seteruk…”
Gossip

Michael Ang Seloroh Banding Fesyen Syafinaz & Aina Abdul, Undang Pelbagai Reaksi Netizen!-“Ini Tak Seteruk…”

by Naddy Joe
September 25, 2023
Anzalna Nasir Terpaksa Dirawat Di Pusat Perubatan, Rakan Selebriti & Peminat Titip Doa!
Gossip

Anzalna Nasir Terpaksa Dirawat Di Pusat Perubatan, Rakan Selebriti & Peminat Titip Doa!

by Naddy Joe
September 25, 2023
Aishah Peroleh Markah Kedua Tercorot Di GV 23 All Stars-“Ada Beberapa Perkara Saya Kena Teliti…”
Gossip

Aishah Peroleh Markah Kedua Tercorot Di GV 23 All Stars-“Ada Beberapa Perkara Saya Kena Teliti…”

by Naddy Joe
September 25, 2023
“Mereka Muncul Dalam Hidup Ketika Saya Bekerja & Kami Jatuh Cinta”-Engku Emran
Gossip

“Mereka Muncul Dalam Hidup Ketika Saya Bekerja & Kami Jatuh Cinta”-Engku Emran

by Naddy Joe
September 25, 2023
Shah Rukh Khan & Anaknya Dilihat Sembah Tuhan Ganesha? Peminat Semakin Keliru & Hairan
Bollywood

Shah Rukh Khan & Anaknya Dilihat Sembah Tuhan Ganesha? Peminat Semakin Keliru & Hairan

by Aphit J.
September 24, 2023
“Batu Api Cam Si*l”- Caprice Dinasihati Tidak Campur Tangan Urusan Ebit Lew Dan Mondy
Lokal

“Batu Api Cam Si*l”- Caprice Dinasihati Tidak Campur Tangan Urusan Ebit Lew Dan Mondy

by Aphit J.
September 24, 2023
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Sejuk Mata Memandang”-Ramai Yang Ingin Berpenampilan Seperti Zizi Kirana!

  2. 2

    Noor Nabila Akhirnya Buka Mulut Isu Cerai-“Sepatutnya Kita Pasangan Suami Isteri…”

  3. 3

    [VIDEO] Tokti Sebak Sehingga Tidak Mampu Untuk Menyanyi Kerana Teringat Afiyah?

  4. 4

    Baharu Sahaja Beberapa Bulan Kahwin, Shila Amzah “Dikhabarkan” Bakal Bercerai Dengan Suami Mudanya Ubai

  5. 5

    Menangis Pada Konsert Jelajah Terakhirnya Bersama Blackpink!-“Lisa Kini Bergerak Solo?”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan