Saturday, July 5, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Dulu Muka Dikecam Seperti Mayat Hidup, Kini Fathia Latiff Tampil Dengan Penampilan Baharu Selepas Jalani Rawatan Estetik

by Puteri Alia
May 5, 2023
1.2k
KONGSIAN
Share on Facebook

Baru-baru ini, foto terbaharu pelakon jelita Fathia Latiff berbaju kurung menarik perhatian ramai warganet apabila pelakon cantik yang sering meraih pujian kerana memiliki wajah kacukan arab ini dikatakan berubah dan kelihatan pelik.

Menerusi hantaran foto tersebut, ramai yang menegur perubahan pada wajahnya yang dikatakan kelihatan berbeza daripada sebelumnya.

Mungkin cara foto diambil atau pengcahayaan membuatkan raut wajah Fathia berbeza dari sebelum ini. Meskipun wajahnya nampak sedikit kelainan namun Fathia masih kekal cantik.

Susulan itu, Fathia tampil memberi respons mengenai kritikan yang diberikan kepadanya di Instagram Storiesnya (IGs).

Kata Fathia, dia berasa gembira dengan penampilannya sekarang malah turut mempersoalkan warganet mengenai pengetahuan bersolek dan rawatan kecantikan.

Bukan itu sahaja, Fathia turut menyatakan tiada yang salah dengan penampilannya.

“Apa salahnya sekiranya saya nampak berbeza? Anda semua pernah dengar atau tidak mengenai solekan dan rawatan estetik? Saya bahagia dengan wajah saya sekarang ini,” bidasnya.

Februari tahun lalu, perkongsian Fathia menjadi perhatian apabila memuat naik video memaparkan dirinya melakukan suntikan filler di wajah.

Melihat pada video tersebut, Fathia sedang melakukan rawatan bahagian dagu dengan teknik dicucuk mengunakan gel ke dalam kulit rahang.

Selain itu, sebelum ini nama Fathia juga mencuri perhatian apabila muncul membuat siaran langsung Instagram namun seperti dihalang oleh ahli keluarganya.

Sebagai rekod, Fathia juga pernah dikecam kerana tindakannya tidak lagi memakai hijab sekitar tahun 2019.

What’s your Reaction?
+1
1
+1
1
+1
0
+1
1
+1
7
+1
3
fathia latiff
https://lomp.at/tgvb0
Share488Tweet305SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem