Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Kesihatan

Pelakon Ridzuan Hashim Meninggal Akibat Serangan Jantung, 4 Tanda Yang Kamu Perlu Perhatikan

by Soph Azz
May 8, 2023
Foto - Harian Metro

Foto - Harian Metro

53
KONGSIAN
Share on Facebook

Salam takziah buat keluarga Allahyarham Ridzuan Hashim.

Berita mengenai pemergian pelakon veteran Ridzuan Hashim baru-baru ini telah mencetuskan tanda tanya dan mengejutkan orang ramai. Seperti apa yang kita tahu, Allahyarham meninggal dunia akibat serangan jantung.

Dipetik daripada Utusan, Allahyarham sudah lama menghidap penyakit tersebut dan meminta orang terdekatnya untuk merahsiakannya supaya dirinya mudah mendapat pekerjaan bagi meneruskan hidup.

Buat yang tidak tahu, serangan jantung sangat bahaya dan ianya boleh berlaku tanpa kita sedari. Jika kamu risau dan tertanya-tanya sama ada diri kamu mempunyai tanda-tanda serangan jantung atau tidak; cuba perhatikan beberapa tanda berikut:

Peluh sejuk 

Foto – Pinterest

Tanpa sebab atau kadang-kadang kamu mengalami peluh sejuk, hati-hati ia boleh menjadi tanda bahawa jantung kamu mempunyai masalah. Kamu perlu peka jika tanda ini diiringi dengan gejala lain seperti sakit dada, sesak nafas atau batuk berpanjangan. Jika ya, dapatkan nasihat doktor dengan segera.

Batuk berpanjangan 

Sekiranya kamu batuk dalam jangka masa yang lama,  ia boleh menjadi tanda untuk penyakit paru-paru dan sakit jantung. Bagi kes kegagalan jantung, situasi ini boleh menyebabkan jantung tak dapat berfungsi secara normal hingga terjadinya darah bocor ke dalam paru-paru.

Ketidakselesaan atau sakit dada 

Pesakit sakit jantung selalunya akan rasa ketidakselesaan, sakit, rasa terbakar atau tekanan di bahagian dadanya. Keadaan ini terjadi apabila ada arteri yang tersumbat dalam jantung.

Foto – Hello Doktor

Situasi ini boleh terjadi selama beberapa minit dan berulang kembali semasa kamu sedang berehat atau bersenam.

Degupan jantung yang tak stabil 

Sekadar info, degupan jantung yang tak stabil dikenali sebagai arrhythmia.

Foto – Pinterest

Masalah ini berlaku apabila degupan jantung tidak stabil seperti terlalu laju atau terlalu perlahan dan tidak teratur. Arrhythmia berlaku apabila impuls elektrik dalam jantung yang menyelaraskan degupan ini tidak lagi berfungsi. Antara faktor arrhythmia adalah merokok, pengambilan alkohol berlebihan, tekanan, genetik dan kencing manis.

Jangan abaikan sekiranya kamu alami tanda-tanda di atas. Cepat berjumpa dan dapatkan rawatan daripada doktor okay? Semoga bermanfaat~

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
2
+1
0
ridzuan hashimSakit Jantungserangan jantungtanda sakit jantung
https://lomp.at/643kk
Share21Tweet13SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem