Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Fesyen

Comelnya! Mahkota Ini Yang Kate Middleton & Puteri Charlotte Ketika Pertabalan Raja Charles III

by Soph Azz
May 8, 2023
Foto - People

Foto - People

Share on Facebook

Apabila adanya majlis rasmi yang melibatkan kemunculan kerabat diraja Britain, pasti ramai  yang akan beri perhatian untuk melihat penampilan mereka. Lebih-lebih lagi Kate Middleton serta anak-anaknya.

Dan semasa pertabalan Raja Charles III baru-baru ini, Kate bersama puterinya; Puteri Charlotte telah mencuri perhatian ramai dengan penampilan mereka.

Kedua-dua mereka telah tampil mengenakan mahkota sedondon yang bermotifkan daun. Bagi Kate dan Puteri Charlotte, anak beranak ini memilih headpiece yang bersulam daun 3D yang direka oleh Jess Collect dan Alexander McQueen.

Foto – Vogue

Untuk pengetahuan kamu, mahkota daun ini diperbuat daripada jongkong perak dan kristal dengan sulaman daun 3D. Mahkota tersebut merupakan rujukan daripada cinta Raja Charles III terhadap alam semula jadi. Bukan itu sahaja, sulaman daun ini turut membawa maksud simbol musim bunga, pertumbuhan serta kelahiran semula.

Foto – People / Vanity Fair

Untuk Kate, Puteri Wales ini tampil mengenakan gaun sutera crepe Alexander McQueen dalam rona ivory yang disulam di bawahnya. Sulaman itu terdiri daripada floral kebangsaan United Kingdom; ros untuk England, duri untuk Scotland, daffodil untuk Wales dan shamrocks untuk Ireland. Mantelnya pula diperbuat daripada Royal Victorian Order dalam rona biru dan merah scarlet.

Foto – Vanity Fair

Tidak ketinggalan, Puteri Charlotte pula mengenakan gaun dan mantel dalam rona ivory yang sama seperti ibunya, hasil rekaan daripada Alexander McQueen. Memang comel bila sedondon!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
kate middletonprincess charlotteraja charles iii
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

2AM
Fesyen

Pertama Di Malaysia, 2AM Takrif Semula Dunia Kasut

by Nurul A.
September 1, 2026

Jenama kasut berteraskan teknologi dan fesyen, 2AM membuat debut di Malaysia dengan pembukaan kedai standalone pertamanya di IOI City Mall...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Petua Orang Dulu, 3 Bahan Ini Boleh Lebatkan Kembali Rambut Yang Gugur

  2. 2

    [REVIEW] Kudrat 1968: High Council, Ada Beberapa Perkara Yang Kurang Kena

  3. 3

    Guna Barang Dapur Sahaja, Ini Caranya Untuk Putihkan Ketiak

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara