Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Berkawan Dengan Selebriti Internasional Seperti Billie Eilish, Yuna Dituduh Lupa Asal Usul Melayu

by Puteri Alia
May 8, 2023
94
KONGSIAN
Share on Facebook

Siapa tidak kenal figura hebat yang berkelana melangkah ke bumi asing untuk menjadi perantau seni sehingga berjaya menggapai bintang dilangit, berbekalkan bakat, jiwa kental, keyakinan dan doa-doa insan di sekelilingnya, bahkan nama Yunalis Zarai bagaikan sudah tidak asing lagi di seantero dunia.

Disoal berkenaan pendirian, penyanyi ini akui berpegang teguh kepada prinsip prinsip seperti kata pepatah genggam api biar sampai jadi arang.

Memetik laporan Berita Harian, Yuna menceritakan pengorbanan mengenai dirinya sepanjang menjadi anak seni sehingga terpaksa meninggalkan keluarga, tanah air tercinta dan kerjaya seni yang sedang memuncak lebih satu dekad lalu, nyata membuahkan hasil apabila pelbagai kejayaan dilakar, sekali gus menambahkan kecemerlangan dalam portfolionya.

Selain menghasilkan karya yang mendapat pengiktirafan antarabangsa, Yuna juga menimba pengalaman berharga apabila berpeluang berkolaborasi dengan penyanyi tersohor seperti Usher dan artis Korea Selatan, Shaun.

Namun di sebalik sejarah peribadi yang dilakar, ada sedikit rasa terkilan dalam diri pemilik nama lengkap Yunalis Mat Zara’ai, 37, apabila ada yang menyangka kejayaannya menempa nama peringkat antarabangsa mengaburi mata hingga lupa asal usul.

“Memang ada peminat di Malaysia tidak begitu mengikuti perkembangan saya di Los Angeles menyangkakan saya lupa diri.

“Malah, jika saya balik ke Malaysia, ada juga makcik-makcik bertanya sudah tak buat muzik lagi ke?

“Mereka beranggapan sedemikian kerana saya sudah lama tidak merakamkan lagu dalam

bahasa Melayu,” katanya.

Yuna berkata, suaminya, Adam Sinclair, 40, kelakar apabila ada yang mengatakan isterinya sudah lupa asal usul.

“Ini kerana sepanjang pengetahuannya, jati diri saya terhadap Malaysia sangat kuat.

“Walaupun sudah berhijrah dan mencari rezeki ke luar negara, jiwa Melayu saya tak pernah berubah.

“Saya masih masak makanan Melayu seperti kari dan tumbuk sambal belacan.

“Malah, saya sanggup membeli banyak-banyak bila terjumpa jenama minuman cukup popular di Malaysia.

“Dengan cara ini saya rasakan diri begitu dekat dengan tanah air tercinta,” katanya.

Terdahulu, album Masih Yuna mengandungi empat lagu iaitu Menanti, Masih Sunyi, Asing dan Camaraderie.

Lagu Menanti terpilih menjadi single pertama dihasilkan sepenuhnya oleh Yuna bersama penyanyi rap antarabangsa, penggubah lagu dan penerbit muzik yang berpangkalan di Berlin, Jerman iaitu Kenny J Macartney dan diterbitkan oleh Yuna Music.

What’s your Reaction?
+1
2
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Yuna
https://lomp.at/k88cc
Share38Tweet24SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem