Saturday, June 28, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Kini Bergelar Bapa Anak Dua, Bekas Teman Lelaki Sajat Coach Yin Semakin Bahagia Bersama Isteri Tercinta

by Puteri Alia
May 11, 2023
1.2k
KONGSIAN
Share on Facebook

Setiap orang pasti ada kisah silam masing-masing yang sukar dilupakan. Barangkali ianya menjadi satu teladan mahupun pengajaran dalam hidup yang mungkin akan dikenang seumur hidup.

Apa yang lebih penting adalah perubahan ke arah kebaikkan menjadi asbab sesuatu perkara itu berlaku.

Tampak tenang dan lebih bahagaia, jurulatih kecergasan, Coach Yin kini berkongsi wajah cahaya mata keduanya kepada umum menerusi satu perkongsian foto di laman Instagram.

Berdasarkan muat naik tersebut, pemilik nama Mohd Tishrin Mohd Adanan memperkenalkan puteri keduanya yang begitu comel dengan gelaran nama Alaia.

Setelah bergelar suami, penampilan Coach Yin dilihat sangat berbeza jika dibandingkan semasa zaman bujangnya.

Menerusi hantaran di Instagram miliknya, Coach Yin terlihat lebih matang dan bersikap kebapaan.

Menurut netizen, pasangan tersebut nampak sangat bahagia. Bukan itu sahaja, kebahagiaan tersebut bertambah kelihatan apabila badan Coach Yin yang ‘sado’ sebelum ini dilihat semakin berisi.

Terdahulu bekas kekasih kepada usahawan kosmetik, Nur Sajat, iaitu Coach Yin selamat mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihan hatinya dikenali, Yeen Azmin pada tahun 2021.

Imbas kembali pada tahun sebelumya, sewaktu awal perkenalan mereka, rata-rata ntizen meluahkan rasa bahagia dan gembira dengan cinta baru Coach Yin yang akhirnya bertemu jua dengan wanita tulen.

Bahkan mereka sempat memuji isterinya jauh lebih cantik berbanding kekasih Coach Yin sebelum ini. Di kesempatan ini, orang ramai mendoakan agar perkahwinan Coach Yin dan Yeen Azmin kekal selamanya.

Sebagai rekod, terdahulu kisah hubungan cinta membabitkan Coach Yin dan Nur Sajat mendapat perhatian ramai sehingga menimbulkan pelbagai kontroversi sepanjang pasangan itu menjalin hubungan asmara.

What’s your Reaction?
+1
5
+1
1
+1
1
+1
3
+1
3
+1
4
Sumpah Helok Betul! - Gelagat Sajat Terpegun Dengan Kekacakan Hisyam Hamid Jadi Perhatian
coach yinsajat
https://lomp.at/lvllx
Share480Tweet300SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  2. 2

    “Terpaling Nak Kahwin”-Irma Hasmie Cetus Spekulasi Bersanding Semula Lepas Setahun Bergelar Ibu Tunggal

  3. 3

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  4. 4

    [VIDEO] Telatah Anak Siti Nurhaliza, Ramai Teruja Tengok Afiyah ‘Speaking English’

  5. 5

    [VIDEO] “Ada Hikmah Abah Sakit, Akhirnya Anak-Anak Bantu Berniaga” – Aliff Syukri Bersyukur Anak Banyak Membantu

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem