Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Viral

MyLesen B2 JPJ Fasa 2: Rebut Peluang Ambil Lesen Motor Tanpa Bayar Satu Sen

by Phic ARMAN
August 14, 2025
Share on Facebook

Kerajaan sekali lagi mahu bagi lesen motor B2 secara free-free untuk geng B40 dan tanggungan. Yes, Program MyLesen B2 2025 ini JPJ & MOT sponsor habis dari kelas sampai ujian. Cuma kalau mahu isi minyak, makan maggi atau bayar Grab untuk pergi pusat latihan, itu kena tanggung sendiri lah. Pendaftaran buka Februari – Oktober 2025 atau sampai kuota habis. Semua detail legit ada kat laman JPJ.

Syarat dia simple, warganegara Malaysia, umur 16–35, sihat tubuh badan, tak ada lesen lagi, tak kena blacklist, dan memang kategori B40. Tahun ini ada 10,000 slot fasa kedua, tapi setiap negeri punya quota berbeza. Contoh, Pulau Pinang dapat 650 je, Perlis 500, Kelantan, Perak, Sabah, Pahang & Negeri Sembilan pun sudah umum slot masing-masing. So, siapa cepat dia dapat.

Kalau kalian terpilih, kena lalui perjalanan jadi rider sah: kursus teori 6 jam, ujian bertulis 1 jam, latihan praktikal di litar 9.5 jam, jalan raya 6 jam, pra-ujian QTI 30 minit dan akhirnya ujian JPJ. Semua ini kena settle dalam 3 bulan je. Kalau tak habis on time, bye-bye lah lesen. Lokasi latihan & ujian JPJ akan pilih ikut tempat terdekat dengan kalian.

Cara nak mohon pun senang:

  • Pergi ke JPJ Negeri atau Cawangan terdekat.
  • Bawa IC, gambar passport & dokumen sokongan (status B40 & kesihatan).
  • Isi borang permohonan (boleh juga download dari pautan negeri masing-masing).
  • Pilih pusat latihan memandu yang kalian nak.
  • Tunggu jadual dari JPJ dan commit sampai lesen keluar.
  • Peringatan: Kos pengangkutan, makan minum & pemeriksaan kesihatan bukan termasuk dalam tajaan.
Topik Berkaitan JPJ Tawar Diskaun Saman Sebanyak 50% Sehingga 30 Disember 2025

Program ni bukan sekadar lesen percuma—dia nak kurangkan rider haram, tingkatkan keselamatan jalan raya dan bagi kalian skill menunggang yang padu.

Siap JPJ masuk sekolah & universiti lagi untuk tolong student yang memang hari-hari naik motor pergi kelas. Kalau rasa layak, better mohon awal sebab slot cepat habis macam pisang goreng panas. Untuk tengok slot negeri atau download borang, boleh terus ke JPJ Negeri atau Facebook rasmi JPJ.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
JPJMyLesen B2 2025
Share3Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Berita

“Kalaulah Saya Tahu Itu Pertemuan Terakhir Kita”- Syed Saddiq Kenang Tun Siti Hasmah

by Phic ARMAN
September 28, 2026

Ada pertemuan yang kita sangka biasa-biasa sahaja, tetapi rupanya menjadi kenangan terakhir yang akan dibawa sepanjang hayat. Begitulah yang dirasakan...

Read moreDetails
Berita

Gardenia Semarakkan Merdeka 2026, 5,000 Cenderahati Buat Pengunjung

by Phic ARMAN
September 1, 2026

Bila sebut sambutan Hari Kebangsaan, bukan hanya perarakan dan kibaran Jalur Gemilang yang mencuri perhatian. Tahun ini, Gardenia Bakeries (KL)...

Read moreDetails
Berita

Bukan Rokok Sahaja, Ini Antara Barangan Yang Cuba Diseludup Masuk Malaysia Bernilai RM2.05 Bilion

by Phic ARMAN
September 30, 2026

Penyeludupan bukan sekadar cerita tentang rokok atau minuman keras yang cuba dibawa masuk secara senyap-senyap. Di sebalik kegiatan ini, ada...

Read moreDetails
Berita

REVIEW HONOR X9e Pro: Bukan Sekadar Tahan Lasak, AI Pun Makin Bijak

by Phic ARMAN
September 25, 2026

Telefon dengan AI sekarang bukan benda pelik. Hampir setiap kali ada pelancaran telefon baharu, perkataan AI mesti muncul entah berapa...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Petua Orang Dulu, 3 Bahan Ini Boleh Lebatkan Kembali Rambut Yang Gugur

  2. 2

    [REVIEW] Kudrat 1968: High Council, Ada Beberapa Perkara Yang Kurang Kena

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara