Pada 10 May yang lalu, telah dilancarkan koleksi terhad ‘Jennie for Calvin Klein‘ pada seluruh negara yang mempunyai cawangan jenama tersebut.
Untuk meraikan pelancaran koleksi terhad tersebut, telah diadakan parti yang eksklusif di Seoul, Korea. Jennie yang hadir di situ dengan memakai koleksinya sendiri berwarna ungu, telah menarik perhatian ramai mengenai warna koleksi tersebut.
Bukan itu sahaja, Beberapa duta Calvin Klein yang lain juga turut hadir, seperti Jungkook dari kumpulan idol lelaki iaitu BTS dan Kazuha dari kumpulan idol wanita iaitu LE SSERAFIM, yang telah menarik perhatian ramai peminat yang hadir dari seluruh dunia.
Peminat Teruja Ahli Kumpulan Dolla Jumpa Jennie Blackpink
Baru-baru ini, di laman tiktok milik @livelifemine telah berkogsikan satu video yang mendapat perhatian ramai. Di mana, video tersebut menunjukkan ahli kumpulan Dolla iaitu Angel dan Sabronzo telah menghadiri parti pelancaran tersebut di Korea.
https://www.tiktok.com/@livelifemine/video/7231570637704219905?_r=1&_t=8cFEk4EWzLN
Rata-rata peminat Dolla teruja melihat mereka menghadiri pelancaran tersebut dan mereka berharap, agar dapat lihat Dolla dan Blackpink bergambar bersama.
“Nak diorang bergambar bersama”-kata mereka
“Angel dan Jennie patut ambil gambar bersama-sama”-tambah mereka
“Bertuahnya diorang berada dekat dengan jennie dan jungkook”-ujar mereka
“Muka diorang ada iras la”-kata mereka
Apa-apa pun, bertuah mereka kerana peluang sebegitu tidak datang selalu dan tidak semua orang dapat merasai pengalaman tersebut. Semoga satu hari, mereka dapat bergandingan bersama-sama.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.