Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya

TV1 Siar Program “Seruan Haji” Mulai 15 Mei Ini

by Aphit J.
May 14, 2023
Share on Facebook

Jenama program “Seruan Haji” sememangnya dekat di hati penonton setia RTM setiap kali tibanya musim haji.

Ditayangkan Setiap Hari

Secara eksklusif di TV1, tahun ini RTM membawakan program yang membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan urusan ibadah Haji terbitan JAKIM yang pastinya dinanti-nantikan semua.

Padat dengan pengisian tiga segmen dalam setiap episod, program ini disiarkan 10 hari berturut-turut mulai 15 Mei hingga 24 Mei ini, setiap hari, pukul 6.00 petang.

Berkongsikan Pengalaman Jemaah Haji

via RTM

Menerusi episod pengenalannya pada 15 Mei ini, Seruan Haji mengetengahkan tajuk ‘Istito’ah Kewangan’ dengan memfokuskan persiapan Jemaah di kalangan B40 serta penjelasan kepada penonton mengenai perbezaan antara menabung dan mendaftar juga membincangkan mengenai kos haji.

Seterusnya pada 16 Mei ini membawakan tajuk Mahram menyentuh tentang Kisah Hajjah Faridah Ahmad yang kelainan upaya penglihatan berkongsi pengalaman menunaikan ibadah haji pada musim 1443H/2022M dengan ditemani suaminya sebagai mahram.

Membincangkan Mengenai Pengurusan Haji

17 Mei pula kupasan topik Perjalanan Rohani menerusi segmen Kepentingan Ilmu Dalam Memperolehi Haji Mabrur iaitu kursus dan juga bahan rujukan dalam bentuk bercetak dan dalam talian yang disediakan oleh TH untuk melengkapkan Jemaah Haji tentang ilmu ibadah, kursus haji dan aktiviti penerbitan bahan rujukan.

Episod empat pada 18 Mei depan mendekati seorang petugas haji yang berkhidmat sebagai kaunselor yang menjurus kepada Mental Health Psychospiritual Counseling.

Persediaan Kesihatan

via RTM

Pada 19 Mei ini berkongsi penjelasan terperinci mengenai agensi pelancongan yang diberi lesen oleh TH sebagai Pengelola Jemaah Haji musim 1444M/2023H dan penyediaan makanan ready to eat.

Tajuk Istito’ah Kesihatan pada 20 Mei pula berkitan persiapan jemaah haji dari sudut kesihatan sebelum melangkah Ke Tanah Suci Mekah, kepentingan menjaga kesihatan sebelum dan semasa berada di Tanah Suci Mekah.

Menarik 21 Mei ini dengan tajuk Pengurusan Maktab dalam segmen Pengurusan Maktab, Pengurusan Operasi Masyair dan Ibadah iaitu tentang pergerakan Arafah, tips dan panduan serta nasihat kepada bakal Jemaah Haji.

Pengenalan Rukun Haji

Perkongsian 22 Mei dalam tajuk Rukun Haji mengenai ibadah haji serta pengenalan rukun haji dan penggunaan kain ihram, ibadah wukuf dan mengapakah ibadah ini penting dan menjadi salah satu rukun haji.

Ketahui juga ilmu dalam tajuk Soleh dan Musleh pada 23 Mei ini menceritakan mengenai perbankan Bank Islam dan mengapakah semua Jemaah yang terlibat perlu menggunakan kad dengan Bank Islam.

Episod akhir pada 24 Mei secara keseluruhannya menyentuh kesimpulan daripada paparan yang telah disiarkan selama sembilan episod dengan menfokuskan informasi penting untuk panduan jemaah haji sebelum berangkat.

Bagi yang terlepas menyaksikan siarannya menerusi saluran TV, luangkan masa menerusi RTMKlik (rtmklik.rtm.gov.my).

Seruan Hajivia RTM
https://lomp.at/qmctp
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @khimpulbuguri (IG)
Tips

Asyik Menguap Di Siang Hari Ketika Puasa? Baiki Pola Tidur Kamu Begini

by Nurul A.
February 23, 2026

MURAI percaya ramai orang akan alami situasi yang sama, iaitu menguap tanpa henti di siang hari ketika puasa, lebih-lebih lagi...

Read moreDetails
Foto - @pureluxury.mag (IG)
Budaya

5 Filem Romantik Untuk ‘Netflix & Chill’ Dengan Si Dia Semasa Hari Kekasih 2026!

by Nurul A.
February 9, 2026

Tinggal lima hari sahaja lagi sebelum Hari Kekasih tiba! Untuk pasangan yang mahu mencipta momen yang paling romantis dalam suasana...

Read moreDetails
Foto - KlikDokter
Tips

Khas Untuk ‘BuMil’ Di Bulan Ramadan, Ini 6 Makanan Terbaik Untuk Kesihatan Kamu!

by Nurul A.
February 21, 2026

Bulan Ramadan telah tiba, namun ada beberapa golongan yang diberi kelonggaran oleh Allah S.W.T untuk tidak berpuasa, seperti wanita hamil...

Read moreDetails
Gambar: AI Generated
LifeXplore

Raikan Valentine Di KL Dengan 5 Aktiviti Seronok & Romantik Bersama Pasangan

by Farah Fatihah
February 15, 2026

Hari Valentine bukan sekadar tentang bunga atau coklat. Ia juga peluang untuk mencipta memori manis bersama pasangan mahupun sahabat. Jika...

Read moreDetails
Tips

2 Minggu Sebelum Hari Raya, Sempat Lagi Nak Kurus Kalau Kamu Lakukan Ini!

by Nurul A.
March 6, 2026

Cuba bayangkan kamu belum lagi dapat bentuk badan ideal sebelum tiba Hari Raya Aidilfitri? Mimpi ngeri sangat kerana terpaksalah kamu...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  3. 3

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  4. 4

    Wak Doyok Tak Setuju Fesyen Lelaki Terlalu Feminin: “Jangan Campur-Campur, Lelaki Tetap Lelaki”

  5. 5

    Anne Ngasri Dilantik Sebagai Pengerusi Hotel Premiera Kuala Lumpur

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara