Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai beberapa indidvidu yang didakwa kumpulan ‘scalper’ atau pembeli tiket hantu yang menjual semula tiket konsert siri jelajah Coldplay iaitu Music Of The Spheres World Tour (MOTSWT) dengan harga yang tidak masuk akal sehingga ada yang mencecah RM43,200!.
“Jangan Beli Dengan Mereka!”
Isu berkenaan turut mendapat respon oleh penyanyi tersohor, Datuk Sheila Majid menerusi Insta Stories yang berkongsi tangkap layar beberapa iklan kumpulan scalper menjual semula tiket konsert tersebut serta menyifatkan ia sebagai sangat merepek dan tidak beretika.
“Ini sangat merepek & tidak beretika! Jangan beli dengan mereka!. Mereka orang-orang yang tidak bertanggungjawab!-berang Sheila Majid
Tidak Akan Berurusan Dengan Kumpulan Scalper
Tambahnya lagi, dia menegaskan bahawa dia tidak akan membeli tiket konsert dari kumpulan scalper walaupun dirinya mempunyai wang yang cukup.
“Gila! Walaupun saya mempunyai wang, tak mungkin!. Ianya bodoh! Might as well watch Coldplay abroad!.
Jangan beli dari mereka. Biar mereka terperangkap!. Harga asal Cat 7 adalah RM228.”-tegas Sheila Majid
Sekadar info, bersempena dengan siri jelajah Music Of The Spheres World Tour, kumpulan Coldplay akan membuat kemunculan sulungnya di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada November ini.
Selain itu, mereka juga akan meneruskan konsert jelajah mereka di negara seperti Jepun, Indonesia, Australia, serta Taiwan.
Jangan mudah tertipu dengan kumpulan scalper yang jual semula tiket mereka. Berhati-hati lah…
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.