Wednesday, June 7, 2023
  • HANGAT
  • DIVA
  • STADIUM
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Selebriti Indonesia

Selepas Inara Dedah Wajah Cantik Tanpa Niqab Di Publik, Warganet Akui Virgoun Suami Malang Pilih Untuk Curang

by Puteri Alia
May 19, 2023
2.4k
KONGSIAN
Share on Facebook

Siapa tidak kenal pelatun lagu Surat Cinta Untuk Starla yang dinyanyikan oleh penyanyi terkenal dari negara jiran kita iaitu Virgoun yang begitu popular dengan lagu-lagu cinta yang penuh dengan bait-bait romantis mencuri perhatian netizen apatah lagi apabila kes curangnya diketahui oleh pihak media.

Bahkan terdahulu, Virgoun berani mengakui kesilapan yang pernah dilakukan sebelum ini sehingga menyebabkan rumahtangganya bermasalah.

Bagaimanapun, baru-baru ini viral satu video di satu sesi sidang media yang melibatkan isteri Virgoun, Inara Rosli. Di sidang media tersebut, Inara menjelaskan situasinya yang terpaksa membuka purdah yang dipakainya itu demi mendapat peluang pekerjaan untuk menyara kehidupan anak-anaknya.

Inara mengakui bahawa dia menerima beberapa tawaran kerja yang memerlukan dirinya untuk mendedahkan wajahnya bagi tuntutan pemasaran sebuah produk kecantikan.

Ketika sesi sidang media itu diadakan, Inara membuat keputusan dan meminta izin untuk membuka purdahnya itu. Bagaimanapun, reaksi penggiat media ketika itu seakan-akan terpegun akan kecantikan Inara itu telah meraih perhatian warganet.

Mana tidaknya, ramai yag terpesona dengan kecantikkan wajahnya itu sehingga ramai yang beranggapan bekas suaminya itu seakan-akan rugi kerana telah berlaku curang.

Penyanyi terkenal, Virgoun dikatakan curang apabila pendedahan tersebut dilakukan sendiri oleh isterinya, Inara Rusli yang tidak tahan dan sanggup berdiam diri setelah mengetahui kejadian tersebut belaku sejak dua tahun lalu.

Lebih mengejutkan, Inara menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya turut memaklumkan Virgoun pernah melakukan perbuatan tidak senonoh dengan membayar beberapa orang wanita bagi mendapatkan khidmat seks.

Menurut Inara, suaminya itu sebelum ini pernah menandatangani surat perjanjian bahawa dia tidak akan mengulangi perbuatannya. Namun dia telah melanggar perjanjian tersebut.

Penyanyi lagu Surat Cinta Untuk Starla itu juga didakwa mengulangi perbuatannya itu selain meminta isterinya melakukan hubungan suami isteri di siang hari ketika bulan Ramadan.

Selain itu, Virgoun juga didakwa memaksa isterinya untuk mengambil ubat kurus selain membuka purdah yang dipakainya.

“Saya diminta untuk melayani nafsunya di siang hari ketika bulan puasa, ke mana pun dia pergi atau ketika tidak bekerja saya cuba lakukannya demi mendapatkan keredaan seorang suami,” ujarnya.

Untuk info, Virgoun yang juga bekas penyanyi kumpulan Last Child itu telah berkahwin bersama Inara Rusli pada 2014 lalu dan sepanjang tempoh bersama mereka telah dikurniakan tiga orang cahaya mata.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
1
+1
6
+1
1
+1
1
+1
8
+1
18

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

FILED UNDER Virgoun
Share974Tweet609SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

Foto - Dream.co.id
Fesyen

Cantiknya Rupa Inara Rusli, Ini Penampilan Terkininya Selepas Buka Purdah!

by Soph Azz
May 23, 2023
via News
Indonesia

Virgoun Menggelarkan Isteri Kurang Cantik, Beri Inara 35 Ribu Ringgit Untuk Menukar Diri

by Aphit J.
May 21, 2023
Indonesia

Inara Rusli Buka Purdah Demi Kembali Bekerja Untuk Menyara Anak-Anaknya, Selepas Mahu Diceraikan Virgoun!

by Jash Lee
May 19, 2023
Indonesia

Ini Sebab Inara Rusli Mahu Kekalkan Rumahtangga Bersama Virgoun

by Aphit J.
May 7, 2023

IKLAN

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Masih Teruna Di Usia 57 Tahun, Kehidupan Seksual Salman Khas Didedahkan Oleh Saudaranya

  2. 2

    Anzalna & Afifah Bersuara Isu Bapa Ditamatkan Kontrak Sebagai CEO FINAS

  3. 3

    Tidak Kisah Pendapatan Lebih Tinggi Daripada Bakal Suami, Shila Amzah Terima Ubai Walaupun Gaji Bulanan Rendah!

  4. 4

    Penampilan Yasmin Hani Undang Pelbagai Reaksi Netizen?-“Untung Cameraman…”

  5. 5

    Karan Johar Mahu Aishwarya Rai Ganti Kajol Untuk Filem ‘Kabhi Khushi Khabhie Gham’ Tapi…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan