Monday, May 29, 2023
  • HYPE MY
  • DIVA MY
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home #ApaPlan

Ronan Keating Kembali Ke Malaysia Buat Konsert, Harga Tiket Bermula RM158

by Phic ARMAN
May 23, 2023
87
KONGSIAN
Share on Facebook

Penyanyi pop Ireland, Ronan Keating yang popular menerusi lagu “When You Say Nothing At All”, bersedia menghiburkan peminat di Malaysia setelah tiga tahun tidak mengadakan persembahan di sini. Konsert bertajuk ‘Ronan Keating Concert Live In Malaysia 2023’, anjuran MIC Entertainment Group itu bakal diadakan pada Sabtu, 19 Ogos, pukul 8.30 malam di Arena of Stars, Resorts World Genting. Penonton yang hadir pada malam itu akan dihiburkan dengan lagu-lagu nostalgia dendangan Ronan Keating yang masih digemari hingga kini.

Ronan Keating memulakan kariernya pada awal 90-an sebagai penyanyi utama kumpulan Boyzone, salah sebuah kumpulan yang terkenal pada era tersebut. Lagu-lagu dendangan Boyzone berjaya menguasai carta muzik di peringkat antarabangsa.

Sejak memulakan karier solonya pada 1999, Ronan Keating aktif mengeluarkan lagu baharu dan beliau berjaya menghasilkan 12 album studio sehingga kini. Antara lagu-lagu kegemaran peminat termasuk “If Tomorrow Never Comes”, “Time After Time”, “Life Is A Rollercoaster” dan “This I Promise You”.

Selain itu, Ronan Keating berjaya menempatkan dirinya sebagai pemuzik Ireland yang berpengaruh ditambah pula peranannya sebagai pengurus bersama untuk kumpulan Westlife yang popular di peringkat global. Malah album beliau juga berjaya dijual lebih 20 juta rekod di seluruh dunia, ini tidak termasuk 25 juta rekod dengan Boyzone.

Selama bertahun, Ronan Keating berjaya mencipta nama bukan saja sebagai penyanyi dan penulis lirik tetapi juga sebagai penyiar, penyampai TV, pelakon dan turut terlibat dalam kempen amal kesedaran kanser. Tiket untuk menonton ‘Ronan Keating Concert Live In Malaysia 2023’ berharga RM638 (VIP), RM588 (PS1), RM388 (PS2), RM238 (PS3) dan RM158 (PS4), boleh dibeli atas talian menerusi Resorts World Genting di www.rwgenting.com dan ejen jualan tiket BookMyShow di my.bookmyshow.com mulai 30 Mei 2023 jam 12 tengahari.

View this post on Instagram

A post shared by Ronan Keating (@rokeating)

Harga jualan tiket adalah tertakluk kepada yuran pemprosesan RM4. Untuk mengetahui lebih lanjut dan info terkini tentang konsert ini, sila layari Facebook rasmi MIC Entertainment Group di www.facebook.com/MICEntertainmentGroup

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

FILED UNDER boyzoneRonan Keating
Share35Tweet22SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

No Content Available

IKLAN

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kecoh Pengacara Suka Berpantun Langgan Pelacur Dan Mak Nyah, Netizen Boleh Teka Siapa Dia -“2 3 Kucing Berlari, Mari Kita Cari…”

  2. 2

    [VIDEO] Netizen Terhibur Lihat Rita Rudaini Semak Kerja Sekolah Anak!

  3. 3

    Shila Dituduh Tidak Matang Kerana Update Status Putus Cinta, Ubai Mohon Orang Ramai Faham Perangai Bekas Kekasih Ketika Sedih

  4. 4

    [VIDEO] Peminat Teruja Lihat Suasana Rumah Mewah Marsha Milan!

  5. 5

    Azhar Sulaiman Makan Di Restoran Makanan Cina, Ada Yang Persoal Status Halal?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan