Wednesday, June 7, 2023
  • HANGAT
  • DIVA
  • STADIUM
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

“Sinetron” Kisah Rumah Tangga Syamsul Yusof Belum Tamat Lagi Namun Puteri Sarah Akui Kali Ini Tidak Mahu Canang Aib Lagi

by Puteri Alia
May 24, 2023
2.1k
KONGSIAN
Share on Facebook

Keinginan untuk hidup berpasangan merupakan salah satu fitrah yang telah Allah ciptakan ke atas manusia.

Malah, setiap insan diciptakan berpasangan-pasangan. Oleh itu perkahwinan dan kehidupan yang bahagia selamanya menjadi harapan utama bagi setiap pasangan sewaktu terlafaznya akad ikatan yang suci.

Namun, apabila berlaku perselisihan faham antara suami isteri maka syarak menggalakkan agar suami dan isteri tahammul (bertahan) tetapi apabila melibatkan soal hati dan perasaan yang dipendam, bukan semua manusia mampu bertahan dan bersabar.

Mutakhir ini, kita dapat lihat fenomena membuka aib pasangan secara terang-terangan sudah menjadi barah dalam masyarakat kita tanpa ada perasaan bersalah atau malu dengan apa yang mereka lakukan.

Lagi-lagi hari ini penyebaran aib makin meluas dengan menggunakan teknologi serba canggih.

Berbahas soal ini, baru-baru ini pelakon Puteri Sarah mengakui masa dalam kehidupannya banyak dibazirkan disebabkan kemelut perkahwinan dengan suami yang juga sutradara, Syamsul Yusof.

Memetik laporan berita, Puteri Sarah atau nama sebenarnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin berkata, dia ingin meneruskan kehidupan dengan aman dan tidak mahu lagi menoleh ke belakang.

“Saya tak nak buang masa lagi dah. Saya nak terbang tinggi dan alhamdulillah, banyak rezeki yang datang dari segi lakonan, perniagaan dan sebagainya.

“Itu yang saya nak fokuskan. Sebab saya dah terlalu banyak buang masa. Bisnes ada, lagu pun ada (bersama Ade Govinda) dan filem pun banyak menanti di Indonesia.

“Tempoh hari (masa Ramadan) saya ada perjumpaan dengan pengarah filem, Hanung Bramantyo. Dia ada tawarkan watak dalam filem depan-depan,” katanya.

Ujar Sarah, dia enggan lagi ‘terpenjara’ disebabkan kemelut yang terlalu panjang dan tiada kesudahan sehingga hari ini.

“Saya dah tak nak lagi ‘kuburkan’ diri saya di sini sahaja. I want to fly high dan tutup babak yang tidak berfaedah,” katanya.

Diminta mengulas tentang prosiding Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) yang akan berlangsung esok, Sarah memilih untuk tidak terlalu mencanang perihal terbabit.

Kata pelakon drama Andainya Takdir itu, dia hanya mengharapkan segala-galanya berjalan dengan lancar.

“Sama seperti doa-doa saya sebelum ini. Saya harap semua berjalan lancar. Itu sahaja. Segalanya terserah kepada mahkamah,” ujarnya.

Pengajaran daripada kisah ini, aib pasangan adalah perkara yang tidak boleh dibuka atau disebarkan kepada orang lain sewenang-wenangnya.

Umat Islam juga dilarang membuka aib pihak lain walaupun dianggap sebagai musuh dan tidak disukainya.

Hari ini ada pasangan yang menggunakan internet untuk menceritakan keburukan pasangannya. Perbuatan ini merupakan perbuatan yang ditegah dan dilarang di dalam Islam melainkan kita menggunakan saluran yang betul.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
8
+1
0
+1
4
+1
5
+1
4
+1
5

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

FILED UNDER puteri sarahSyamsul Yusof
Share840Tweet525SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

Lokal

Tak Pernah Sangka Akan Berbaik Semula Selepas Dikhianati,Puteri Sarah Kini Akui Mahu Berkawan Baik Dengan Syamsul Yusof

by Puteri Alia
June 1, 2023
Lokal

Gara-Gara Penyondol Rumah Tangga Musnah, Puteri Sarah Bangkit Kongsi Kisah Hidup Menerusi Coretan Senaskah Buku

by Puteri Alia
May 31, 2023
Lokal

Kena Selesai Dahulu Status 2 Talak Dan 1 Taklik, Mahkamah Mahu Tahu Yang Sebenarnya Syamsul Sudah Lafaz Berapa Kali

by Puteri Alia
May 25, 2023
Lokal

Penyondol Jadi Punca Konflik, ‘Drama’ Selebriti Kahwin Cerai Tahun Ini Buat Peminat Muak Tetapi Simpati!

by Puteri Alia
May 18, 2023

IKLAN

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Masih Teruna Di Usia 57 Tahun, Kehidupan Seksual Salman Khas Didedahkan Oleh Saudaranya

  2. 2

    Anzalna & Afifah Bersuara Isu Bapa Ditamatkan Kontrak Sebagai CEO FINAS

  3. 3

    Tidak Kisah Pendapatan Lebih Tinggi Daripada Bakal Suami, Shila Amzah Terima Ubai Walaupun Gaji Bulanan Rendah!

  4. 4

    Penampilan Yasmin Hani Undang Pelbagai Reaksi Netizen?-“Untung Cameraman…”

  5. 5

    Karan Johar Mahu Aishwarya Rai Ganti Kajol Untuk Filem ‘Kabhi Khushi Khabhie Gham’ Tapi…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan