Sunday, July 13, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Kedua-Dua Ibu Bapa Meninggal Sebab Kanser, Liyana Jasmay Risau Risiko Genetik Turun Kepadanya

by Puteri Alia
May 24, 2023
87
KONGSIAN
Share on Facebook

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa seusia usia 21 tahun, seseorang individu itu sudah boleh mengesan sama ada menjadi pembawa kepada risiko mendapat kanser keturunan.

Ia boleh dilakukan dengan menjalani ujian genetik sama ada menerusi ujian darah atau air liur dengan keputusan ujian boleh diperoleh dalam tempoh tiga sehingga empat minggu.

Bagaimanapun, sebelum menjalani ujian itu, individu itu perlu berjumpa dengan kaunselor genetik terlebih dahulu mendapatkan pandangan dan khidmat nasihat.

Baru-baru ini pelakon dan penyanyi Liyana Jasmay mengakui takut dan kini lebih mengambil tahu tentang status kesihatannya memandangkan kedua-dua orang tuanya meninggal dunia disebabkan penyakit kanser.

Selain menjalani pemeriksaan secara berkala, Liyana,  juga kini lebih menitikberatkan soal pemakanan dengan mengelak untuk mengambil makanan proses dan berlemak.

“Perkara yang menimpa ibu bapa menjadi pengajaran untuk saya memandangkan kedua-duanya meninggal dunia disebabkan kanser.

“Arwah bapa meninggal disebabkan kanser paru-paru, manakala arwah mama pula disebabkan barah otak. Jadi genetik saya memang berisiko untuk menghidap kanser.

“Selain perlu lakukan pemeriksaan kesihatan menyeluruh, saya juga kena menjaga pemakanan dan mengelak untuk mengambil makanan proses dan berlemak,” katanya kepada Kosmo! Online.

Mengakui sedih atas kehilangan dua insan tersayang hanya dalam masa 17 bulan, Liyana bagaimanapun reda dan percaya bahawa kedua-dua orang tuanya kini berada di tempat yang lebih baik.

“Saya baru sahaja kehilangan arwah mama pada 12 Mei lalu, 17 bulan selepas arwah bapa meninggalkan saya pada 2021.

“Tapi saya reda sebab tahu mereka berada di tempat yang lebih baik sekarang dan tidak lagi dalam kesakitan,” katanya.

Berkongsi tentang penyakit barah otak yang dihidapi ibunya, Allahyarhamah Datin Habsah Simpon, Liyana berkata masalah yang menimpa ibunya itu lambat dikesan dan hanya mengetahuinya selepas kanser tersebut berada di tahap terakhir (empat).

“Awalnya mama mengalami masalah penglihatan sejak tiga tahun lalu. Jadi saya ajak dia tinggal bersama-sama saya memandangkan rumahnya terlalu besar, susah untuk turun naik tangga.

“Sebelum mama menjalani pembedahan mata, kami sempat pergi bercuti. Selepas pembedahan, tiba-tiba mama jalan senget. Hasil pemeriksaan yang dilakukan akhirnya mendapati mama menghidap barah otak,” katanya sebak.

Terdahulu, ibu Liyana meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur selepas dua bulan disahkan menghidap barah otak pada usia 66 tahun.

Bapanya pula, Datuk Jasmay Md. Shah menghembuskan nafas terakhir pada usia 68 tahun akibat kanser paru-paru pada 17 Disember 2021.

liyana jasmay
https://lomp.at/4k1s3
Share35Tweet22SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Awie Minta Amy Search Jelaskan Isu Kontroversi, Penat Namanya Terpalit

by Aphit J.
July 13, 2025

Sebelum ini, Shila telah membuat laporan polis mendakwa dirinya diserang secara terbuka oleh seorang artis legenda ketika sesi latihan konsert....

Read more
Lokal

Video Sindiran Nabila Huda Undang Tanda Tanya, Komen Pak Nil Jadi Perhatian!

Sebelum ini pelakon terkenal Nabila Huda mencuri perhatian ramai selepas memuat naik satu video di akaun Instagram miliknya yang dilihat...

Read more
by Aphit J.
July 13, 2025
Lokal

Ammar Ahyyan Dedah Tak Terima Gaji, Tapi Boleh Guna Kad Kredit Aliff Syukri Tanpa Had!

Semua sedia maklum bahawa semenjak dua menjak ini anak kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri, iaitu Ammar Ahyyan sering...

Read more
by Aphit J.
July 12, 2025
Lokal

Shila Amzah Gembira Jumpa Jaclyn, Ella & Awie Selesai Konsert – Beri Gambaran Artis Legenda Yang Serangnya

Sebelum ini kecoh di media sosial apabila penyanyi popular tanah air, Shila Amzah, mendakwa dirinya telah diserang secara terbuka oleh...

Read more
by Aphit J.
July 12, 2025
Lokal

Shila Amzah Dakwa Diserang Artis Legenda Ketika Latihan Konsert, Nama Amy Search, Awie dan Ella Jadi Bualan Netizen

Mengambil langkah selamat dan profesional, penyanyi terkenal Shila Amzah memilih untuk tidak memberikan sebarang komen berhubung insiden yang didakwa berlaku...

Read more
by Puteri Alia
July 11, 2025
Lokal

“Lagu Ini Ada Hantu”– Tokti Dedah Detik Cemas di Pentas Konsert Violet Skies, Pemilik 60 Konsert Tetap Gementar

Pernah menjayakan lebih 60 konsert sepanjang tiga dekad dalam dunia seni, Biduanita Datuk Seri Siti Nurhaliza terus membuktikan bahawa auranya...

Read more
by Puteri Alia
July 11, 2025
Lokal

Rindu Cucu Tak Pernah Padam, Ibu Aliff Aziz Luah Harapan Bertemu Semula Ayden dan Ara di Akhirat

Dalam suasana penuh emosi sempena ulang tahun kelahiran dua cucu tersayang, ibu kepada penyanyi Aliff Aziz, Siti Hafiza meluahkan rindu...

Read more
by Puteri Alia
July 11, 2025
Lokal

‘Unfollow’ Tanpa Penjelasan, Zizi Kirana dan Yusuf Bahrin Cetus Spekulasi Rumah Tangga di Ambang Perpisahan

Tiada siapa menyangka, di sebalik senyuman dan momen indah yang pernah dikongsi bersama, rumah tangga pasangan selebriti Zizi Kirana dan...

Read more
by Puteri Alia
July 11, 2025
Foto - @victoriabeckham (IG)
Hollywood

Comelnya! Victoria Kongsi ‘Unseen’ Foto & Video Harper Sempena Ulang Tahun Ke-14

Comelnya hubungan mak dan anak ini! Bersempena dengan ulang tahun kelahiran Harper Beckham yang ke-14 semalam, Victoria Beckham telah memuat...

Read more
by Soph Azz
July 11, 2025
Foto - @ridzokumura (IG)
Lokal

[VIDEO] Terlalu Rindukan Arwah Ibu, Ramai Sebak Lihat Sky Menangis Dalam Tidur

Perkongsian terbaru Ridzokumura mengenai keadaan terkini anak tunggalnya, Sky Taizo Okumura, telah membuatkan ramai yang sebak. Tidak dapat menanggung kerinduan...

Read more
by Soph Azz
July 11, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ammar Ahyyan Dedah Tak Terima Gaji, Tapi Boleh Guna Kad Kredit Aliff Syukri Tanpa Had!

  2. 2

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  3. 3

    [VIDEO] Berlaku Kasar Terhadap Staf Konsert, Sikap BLACKPINK Jennie Dicemuh Ramai

  4. 4

    [VIDEO] ‘Dame Un Grr’ Versi Fattah Amin & Irfan Haris Buatkan Ramai Cair Melihatnya!

  5. 5

    Triathlon Desaru 2025: Kisah Syed Saddiq & Ayden yang Bikin Ramai Tersentuh

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem