Saturday, July 19, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Sejak Buka Tudung Diduga Kecaman Soal Rambut Dan Wajah, Haqiem Rusli Akui Tetap Mahu Laluinya Bersama Isteri

by Puteri Alia
May 24, 2023
531
KONGSIAN
Share on Facebook

Alam perkahwinan bukan suatu perkara yang boleh diambil remeh. Ia melibatkan dua hati yang bersetuju dan berjanji untuk sentiasa hidup bersama tidak kira susah senang bersama.

Bahkan, dianugerahkan dengan pasangan yang sanggup hidup susah senang bersama adalah rezeki yang cukup tidak ternilai dan perlulah disyukuri. Inilah juga menjadi salah satu kunci kebahagiaan dalam rumah tangga.

Sebab itulah dalam rumah tangga adanya adat dan adab yang perlu kita ambil tahu, supaya tak ada berselisih faham. Namun, janganlah jadikan alasan untuk beralih arah. Jika dahulu, ada yang sanggup hidup susah senang bersama-sama tetapi apabila sudah mula berharta, ada pasangan akan mula lupa jasa dan pengorbanan pasangan mereka.

Berbahan soal ini, sejak bulan lalu, nama isteri kepada penyanyi Haqiem Rusli iaitu Anis Sofea menjadi bualan apabila membuat keputusan tidak lagi berhijab sejak Syawal lalu.

Baru-baru ini, menerusi perkongsian di TikTok Anis dilihat hadir ke sebuah majlis dan dilantik sebagai duta sebuah produk kecantikan.

Menerusi video itu, Anis tampil memakai busana berwarna biru gelap bersama seorang wanita dipercayai pengasas jenama tersebut.

Kelihatan, ketika di sesi pelancaran Anis menanda tangan ‘board’ yang terpampang wajah dan namanya sebagai duta produk berkenaan.

Bagaimanapun, di ruangan komen video di TikTok, rata-rata netizen mengkritik fesyen rambut Anis yang hanya dikepit sahaja ketika hadir ke majlis berkenaan.

Malah, ada yang mengatakan stail rambut Anis itu seperti yang mereka selalu lakukan di rumah serta meminta supaya mengupah hair stylist sekiranya hadir ke majlis seperti sedemikian.

Tidak kurang juga, ada yang mengatakan penampilan pengasas produk tersebut lebih menyerlah dibandingkan dengan Anis.

Terkini, Haqiem Rusli tampil dengan kenyataan menerusi Instagram storynya bahawa mungkin sejak kebelakangan ini mereka sering ditimpa ujian, namun dia dengan jelas menyatakan bahawa akan mengharunginya bersama-sama dengan isteri tercinta.

Memetik laporan sebuah laman portal hiburan, mengulas mengenai keputusan Anis tidak lagi berhijab, ibu Haqiem ada menjelaskan bahawa menantunya itu masih dalam proses membiasakan diri berhijab dan Haqiem enggan memaksa isterinya bertudung.

“Saya baru tahu mengenai keputusannya itu. Disebabkan Anis baru berusia 21 tahun, jadi kami tidak mahu terlalu menekan. Mungkin perasaannya untuk kekal berhijab masih belum terbuka.

“Haqiem ada beritahu, dia tidak mahu terlalu memaksa. Haqiem percaya suatu masa kelak, Anis terbuka hati untuk berhijab sepenuhnya,” katanya.

Sekadar info, pemilik nama lengkap Ridzuan Haqiem Rusli berkahwin dengan Anis pada 19 November 2021.

Majlis perkahwinan itu menjadi topik hangat apabila nilai keseluruhan kedua-dua mempelai dianggarkan mencecah angka lebih RM7 juta.

haqiem rusli
https://lomp.at/oppgd
Share212Tweet133SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Meerqeen Nafi Bercinta dengan Qasrina Karim, Hanya Rakam Satu Video Tapi Tetap Dituduh Bercinta

by Puteri Alia
July 18, 2025

Sering menjadi tumpuan apabila digandingkan dengan pelakon wanita, Meerqeen sekali lagi terpalit dengan dakwaan cinta lokasi selepas membintangi drama terbaru...

Read more
Lokal

Bukan Lagi Konten Lawak – Netizen Nampak Jelas Wajah Ammar ‘Minta Tolong’ dalam Live Aliff Syukri

“Abah tolong berhenti, abah ‘cut’ sikit sahaja.” Rayuan ringkas namun penuh rasa tertekan itu diluahkan oleh Ammar Ahyan, anak sulung...

Read more
by Puteri Alia
July 18, 2025
Lokal

Polis Akui Amy Search Mungkin Dipanggil Semula dalam Kes Serangan terhadap Shila Amzah

Polis tidak menolak kemungkinan akan memanggil semula penyanyi rock legenda, Amy Search bagi membantu siasatan kes yang dikaitkan dengan dakwaan...

Read more
by Puteri Alia
July 18, 2025
Lokal

Anita Sarawak Pilih Hilang Tanpa Jejak, Noor Kumalasari Dedah Anita Enggan Lagi Hidup Popular

Pernah tenggelam dalam kemurungan akibat dikecam hebat suatu ketika dahulu, pelakon dan penyanyi legenda Noor Kumalasari mendedahkan kakaknya yang juga...

Read more
by Puteri Alia
July 18, 2025
Lokal

[VIDEO] “Asyik Ingat U Jerr”- Bella Astillah Tewaskan Syed Saddiq?

Sebuah video di TikTok baru-baru ini berjaya buat netizen tersenyum sampai sakit pipi. Bila dua figura terkenal, Syed Saddiq dan...

Read more
by Phic ARMAN
July 18, 2025
Foto - @solartimemy (IG)
Lokal

[VIDEO] Gelagat Individu Rakam Nyanyian Bella Astillah Buat Ramai Terhibur- “Excited Macam Bella Tunjuk Dia”

Nama penyanyi Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, sekali lagi menjadi perbualan ramai. Kali ini disebabkan oleh kemesraan...

Read more
by Soph Azz
July 18, 2025
Foto - @syafiqdharma (IG)
Lokal

“Boleh Sewa Badan Awak Untuk 1k?”- Syafiq Dharma Berdepan Gangguan Seksual

Kalau kamu nak tahu, kini bukan hanya golongan wanita dan kanak-kanak sahaja, tetapi golongan lelaki juga ada yang menjadi mangsa...

Read more
by Soph Azz
July 18, 2025
Lokal

[VIDEO] Ammar Ahyan Kongsi Momen Makan Malam Di Rumah Cik B, Cetus Pelbagai Reaksi Netizen!

Sebelum ini nama anak sulung usahawan kontroversi Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Ammar Ahyan mencetuskan rasa terhibur netizen selepas disakat...

Read more
by Naddy Joe
July 18, 2025
Lokal

Fizz Fairuz Tinggalkan Suria FM, Cetus Rasa Sebak Netizen!

Pelakon dan penyampai radio, Datuk Fizz Fairuz membuat pengumuman mengejutkan peminat bahawa dia bakal mengundurkan diri sebagai penyampai radio di...

Read more
by Naddy Joe
July 18, 2025
Lokal

Ibu Aliff Aziz Beri Respon Selepas Digesa Netizen Untuk Saman Penyebar Fitnah!

Ibu kepada aktor dan penyanyi, Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza Basharahil atau lebih dikenali sebagai Fiza Aziz sebelum ini tampil...

Read more
by Naddy Joe
July 18, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Nak Pikat Anak, Kena Pikat Menantu Dulu” – Che Ta Akui Belajar Lembutkan Hati Bakal Menantu Daripada Bekas Ibu Mentua

  2. 2

    [GAMBAR] Sultan Pahang & Tunku Azizah Hadiri Graduasi Tengku Jihan Di UK!

  3. 3

    Ammar Ahyyan Dedah Tak Terima Gaji, Tapi Boleh Guna Kad Kredit Aliff Syukri Tanpa Had!

  4. 4

    Rahsia Terbongkar! Shopee 7.7 Buat Ramai Senyum Sampai Telinga, Siapa Cepat Dia Dapat

  5. 5

    Layan Lebih 400 Drama & Main Game Dalam Satu Apps? Ya, Dengan Tune Talk, Bukan Untuk Semak Baki Jer…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem