Model Rusia, Irina Shayk tak pernah mengecewakan! Sering mempamerkan susuk badannya yang seksi; kali ini dia tampil pula dalam pakaian yang cukup menggoda ketika Festival Filem Cannes 2023.
Semasa menghadiri parti yang dianjurkan oleh Vogue British dan Chopard ketika Festival Filem Cannes, dia telah menyarungkan mesh bra dan string underwear yang sepadan.
Di mana kedua-duanya mempunyai cetakan monogram Gucci. Di atas pakaian dalamnya itu pula, Irina mengenakan mesh slip dress dan berlian yang tergantung dari leher hingga ke dadanya.
Irina turut menambahkan anting-anting berlian, sarungan tangan mesh, stokin paras lutut, gincu merah dan cermin mata hitam.
Manakala untuk premier “Fireband” di festival, Irina menghadirkan diri dengan menggayakan ensembel kulit daripada jenama Mowalola. Pakaian kulitnya yang terdiri daripada criss-cross bra dan low-rise skirt itu dilengkapkan dengan rantai berlian daripada Messika.
Sekadar info, Irina Shayk pernah bercinta dengan Cristiano Ronaldo selama 5 tahun sebelum berkahwin dengan Bradley Cooper pada tahun 2015.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.