Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Bisnes

Vietjet Dalam Sasaran Untuk Memperkuatkan Lagi Barisan Pesawatnya

by Aphit J.
May 27, 2023
23
KONGSIAN
Share on Facebook

Vietjet telah menambah empat buah pesawat baharu kepada barisan pesawatnya, termasuk tiga buah pesawat A321neos dan sebuah A330 dalam tempoh tiga minggu pertama bulan Mei tahun ini.

Memperluaskan Rangkaian Penerbangan

via Vietjet

Langkah tersebut menandakan pencapaian dalam memperolehi pesawat A330 ke-6 untuk memperluaskan rangkaian penerbangan antara benua bagi syarikat penerbangan tersebut pada masa akan datang.

Pesawat baharu yang dilengkapi dengan ciri-ciri penjimatan bahan api, pengurangan emisi dan perlindungan alam sekitar akan membantu memodenkan barisan pesawat Vietjet.

Ini akan meningkatkan kecekapan operasi dan pada masa yang sama mengurangkan kos operasi, menawarkan pengalaman penerbangan yang hebat untuk para penumpang pada tambang yang berpatutan.

Siri Perkhidmatan Terbaharu

via Vietjet

Syarikat penerbangan tersebut baru-baru ini telah mengumumkan satu siri perkhidmatan baharu dari Vietnam ke Hiroshima (Jepun), Kochi (India) dan juga memulakan penerbangan Hanoi – Phuket yang berkuat kuasa minggu lepas.

Ia bersedia untuk menyambung semula penerbangan terus di antara Phu Quoc dan Da Nang ke Hong Kong, Daegu dan Da Nang pada bulan Julai serta meningkatkan kekerapan perkhidmatan penerbangan antarabangsa untuk memenuhi permintaan penumpang yang semakin meningkat pada musim panas ini.

Syarikat Penerbangan Kos Efektif Terkemuka

via Vietjet

Dengan barisan pesawat moden A330 dan A321 yang sentiasa diperbaharui dan dilengkapi dengan teknologi digital, Vietjet ialah syarikat penerbangan kos efektif terkemuka di dunia, menawarkan pelbagai pilihan penerbangan merentasi Vietnam ke destinasi pelancongan kegemaran ramai.

Penerbangan yang selamat dan penawaran produk serta perkhidmatan yang meluas juga turut menjadi penggalak aktiviti penerbangan dan pengangkutan barangan ke seluruh dunia.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Vietjet
https://lomp.at/tqr8q
Share9Tweet6SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem