Wednesday, July 2, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Tak Takut Bagitahu Isteri Jika Ada Orang Ketiga, Remy Ishak Akui Tidak Gentar Untuk Berbincang Soal Perempuan Lain

by Puteri Alia
May 29, 2023
42
KONGSIAN
Share on Facebook

Resam dalam kehidupan rumah tangga pastinya ada pertikaman lidah dan tidak persefahaman berpunca daripada pelbagai faktor.

Cuma tidak enaknya apabila konflik itu tidak menemui jalan penyelesaian dan pasangan bertindak untuk merahsiakan apa jua permasalahan yang dihadapi terutamanya melibatkan gangguan orang ketiga.

Justeru, berkongsi konflik rumah tangga dengan orang luar dan di media sosial bukan cara ideal untuk menyelesaikan masalah rumah tangga.

Bagaimanapun, ramai wanita melakukan begitu sekali gus dianggap ‘jalan pintas’ sama ada untuk mendapat perhatian pasangan, secara tidak langsung mengharapkan keprihatinan, sokongan dan komen netizen.

Cerita dalam kain seperti konflik membabitkan orang ketiga seperti kes suami mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain, berpoligami secara sembunyi dan pendedahan mengenai ‘si penyondol’ antara kandungan yang kerap dikongsi secara terbuka.

Berbahas soal itu, baru-baru ini pelakon Remy Ishak mengakui bahawa dirinya tidak segan untuk berbincang dengan isteri, Ezza Yusof sekiranya wujud permasalahan melibatkan orang ketiga dalam perkahwinan.

Memetik laporan berita, Remy atau nama sebenarnya, Mohammad Zalimei Ishak,  berpendapat bahawa diskusi adalah jalan terbaik untuk menjaga keharmonian sesebuah institusi perkahwinan.

“Benda-benda begini, kita kena bagitahu. Saya selalu beritahu pada diri bahawa tiada orang yang salah sebenarnya.

“Tiada orang nak sondol siapa. Benda berlaku ada sebab. Kadang-kadang, dua-dua jadi, tepuk tak jadi. Kenapa balas tepukan itu. Benda-benda begitu.

“Tapi, alhamdulillah isteri saya seorang yang memahami. Kami ada bincang dan sembang tentang apa yang kerap berlaku sejak akhir-akhir ini dalam kalangan golongan selebriti (rumah tangga diganggu pihak ketiga),” katanya

Ujar Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia ke-31 itu lagi, diskusi sihat antaranya dengan isteri sentiasa berlaku dan masing-masing berfikiran terbuka.

“Apa yang berlaku di sekeliling sekarang bagus kerana dapatlah saya kongsi dengan isteri.

“Saya tanya dia, macam mana kalau benda ini (rumah tangga diganggu pihak ketiga) berlaku pada kita. Kita berbincang sebab memang manusia tak tahu apa jadi pada masa hadapan.

“Saya pun cakap dengan isteri, kalau benda ini jadi tolong jangan marah. Dan, saya pun cuba jaga diri supaya kecurangan tidak berlaku dalam perkahwinan.

“Senang cerita, apa-apa pun, kita sentiasa berbincang. Kalau dapat mesej pelik-pelik dalam media sosial, saya siap tunjuk isteri,” ujarnya yang sentiasa berpegang bahawa ketelusan dan kejujuran dalam perhubungan.

Berbicara lanjut tentang kejujuran atau ketelusan dalam perhubungan, Remy, 41, berkata, elemen itu sangat penting.

“Ketelusan sangat penting dalam perkahwinan. Kalau apa-apa berlaku di masa depan, pasangan kita tahu kita macam mana orangnya.

“Kalau tak ‘transparent’ (banyak sembunyikan kebenaran), tiba-tiba pasangan dapat tahu, akan timbul masalah besar.

“Kalau iman saya goyah atau berlaku apa-apa, saya akan beritahu isteri. Itu lebih bagus,” jelasnya.

Untuk rekod, Remy berkahwin dengan Ezza 21 Ogos 2021 dan kini sedang menanti cahaya mata sulung yang dijangka lahir, Ogos depan.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
remy ishak
https://lomp.at/fql4v
Share17Tweet11SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem