Saturday, July 5, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Meremang Diganggu Makhluk Halus Ketika Jalani Filem Jemputan Ke Neraka, Sharifah Sakinah Pasang Ayat Al-Quran Di Set

by Puteri Alia
May 29, 2023
50
KONGSIAN
Share on Facebook

Penggambaran sesebuah naskhah genre seram seakan tidak sah jika tidak terpalit dengan bermacam-macam kisah mistik di sebalik sesi kerja belakang tabir yang dilakukan.

Hal yang sama dialami oleh pelakon Sharifah Sakinah yang mengakui dia memasang alunan ayat al-Quran sepanjang menjalani penggambaran filem terbaharunya, Jemputan Ke Neraka yang dilakukan di sebuah banglo lama di Pulau Carey, Selangor.

Memetik laporan berita Sakinah atau nama sebenarnya, Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired, 34, menceritakan bahawa sebelum penggambaran lagi dia telah mendengar pelbagai kisah seram mengenali banglo lama tersebut.

“Tempat penggambaran kami adalah di sebuah banglo lama di tepi pantai. Jika melihat pemandangannya memang sangat cantik. Tetapi sebelum penggambaran lagi sudah banyak cerita seram yang saya dengar tentang banglo itu.

“Alhamdulillah, sepanjang penggambaran tidak ada sebarang gangguan, tidak ada kru yang dirasuk semuanya berjalan lancar. Kecuali disebabkan lokasinya di tepi pantai, satu hari tiba-tiba sahaja angin sangat kuat seperti ribut melanda set penggambaran.

“Kami semua berlari dan masuk ke dalam kereta dan terpaksa menunggu sehingga cuaca kembali okey. Kalau tidak rasanya mahu saya terbang dibawa angin sekali,” kongsi Sakinah.

Tambah Sakinah sudah menjadi kelaziman untuknya memasang ayat-ayat al-Quran di setiap set penggambaran bukan kerana ingin mengelak gangguan sahaja tetapi untuk berasa tenang.

“Bukan di set filem Jemputan Ke Neraka sahaja saya alunkan ayat al-Quran tetapi di set penggambaran lain juga. Orang kita bila saya cakap pasang ayat al-Quran mesti mereka ingat nak halau hantu sahaja, walhal banyak kebaikan yang kita dapat daripada memasang muzik,”ujar Sakinah.

Sambung Sakinah, sebagai pelakon yang bekerja di pelbagai lokasi penggambaran dia sentiasa mengamalkan sikap menghormati orang sekeliling dan juga lokasi tempatnya bekerja.

“Kita sudah tahu itu bukan tempat kita dan dalam al-Quran juga sudah menyebut memang ada benda-benda ghaib ini, jadi kena percaya tetapi kita pula janganlah berlebih-lebihan takut.

“Janganlah gatal kacau ‘mereka’, bersikap angkuh dan terlampau seronok ketika berada di tempat yang kita sendiri tahu adalah tempat ‘mereka’,” tutur Sakinah.

Dalam filem Jemputan Ke Neraka, Sakinah memegang watak sebagai Rania di samping barisan pelakon popular lain seperti Janna Nick, Hafreez Adam, Hariz Hamdan, Amy Nurtinie, Nick Syaf, Jasper Supayah, Wafariena Roslan, Alif Hadi, Aleza Shadan dan Azhar Amir.

Sharifah Sakinah Tayang Wajah Suami, Lain Pula Yang Netizen Tegur?

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
sharifah sakinah
https://lomp.at/fcck7
Share20Tweet13SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem