Tuesday, June 17, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Kerana Rasa Hormat Pada Suami Dan Mahu Elak Konflik, Bella Dally Tolak Tawaran Berlakon Dengan Nazim Othman

by Puteri Alia
May 29, 2023
Share on Facebook

Cemburu adalah lumrah dalam kehidupan suami isteri dan kebiasaannya wanita yang banyak dikaitkan dengan sifat sedemikian.

Bagaimanapun, tidak semua sifat cemburu mendatangkan keburukan dan boleh menimbulkan konflik dalam rumah tangga.

Oleh yang demikian, menjaga perasaan pasangan satu daripada sunah Rasulullah SAW dan Baginda memberi garis panduan termasuk menangani rasa cemburu. Caranya, sentiasa menerapkan sifat sabar melayan kerenah pasangan dan mengalah demi menjaga perasaan orang yang dikasihi.

Bagaimanapun, pasangan yang bijak biasanya akan berusaha untuk mengelak perasaan itu timbul supaya tidak menjadi beban serius dalam perhubungan.

Jika terlalu cemburu pasti akan mengundang padah kerana ia boleh bertukar menjadi api kemarahan.

Bahkan, suami isteri yang saling memahami dengan mengamalkan sokap tolak ansur akan dapat menangani krisis rumah tangga lebih baik.

Justeru sebarang keputusan yang diambil perlulah menitikberatkan soal perasaan dan batas yang perlu di jaga sebagai pasangan suami isteri.

Sebagai contoh, baru-baru ini pelakon, Bella Dally menolak untuk menerima sebarang tawaran yang menggandingkannya dengan bekas suaminya yang juga aktor, Nazim Othman.

Jelasnya, keputusan itu dilakukan kerana menghormatinya suaminya, Ariff Izuddin Mohd Radzali walaupun mendapa kebenaran untuk berlakon sama.

“Saya seorang yang profesional. Tetapi jika ada tawaran untuk berlakon dengan Nazim, lebih baik saya tolak.

“Bukan sebab suami tak beri izin, saya sendiri yang tidak mahu. Saya memilih untuk menghormati suami,” ujarnya.

Dalam pada itu, Bella berkata, dia lebih selesa bergiat aktif sebagai pereka kandungan di media sosial dan memperlahankan karier lakonannya.

“Bukan tak mahu berlakon tetapi saya dambakan naskhah yang bersifat memperkasakan wanita. Saya tidak mahu watak-watak teraniaya atau lemah.

“Menjadi pereka kandungan media sosial juga sesuatu yang menyeronokkan. Tidak mengambil masa yang lama berbanding berlakon. Saya pun ada masa untuk bersama keluarga,”ujarnya.

Sebagai info, Bella pernah mendirikan rumah tangga bersama Nazim Othman pada September 2016.

Walaubagaimanapun, ikatan perkahwinan mereka terlerai apabila mengesahkan telah bercerai pada Mei 2018.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

bella dally
https://lomp.at/dye39
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Netizen Puji Keluarga Datuk Aliff Syukri-“Walaupun Kaya Tetap Merendah Diri”

  2. 2

    [VIDEO] Momen Penuh Emosi: Tunku Azizah Peluk Menantu Jadi Sorotan Warganet

  3. 3

    [VIDEO] Datin Alyah Perjelas Isu Anak Angkat-“Dia Mahram Dengan Tok Ram”

  4. 4

    [VIDEO] ‘Me Time’ Di Salun Rambut, Wajah Jelita Tunku Aminah Disamakan Dengan Pelakon Jepun

  5. 5

    [VIDEO] Gelagat Budak Kecil Berdoa Di Kubur Undang Ketawa Ramai- “Adik Lambat Sikit Je Doa”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem