Saturday, July 5, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Hollywood

Tragik Betul Hidup Sosialit Grace Kelly, Kisahnya Yang Ini Ramai Tak Tahu…

by Soph Azz
May 30, 2023
Foto - Hollywood Life

Foto - Hollywood Life

31
KONGSIAN
Share on Facebook

Grace Kelly – Sosialit berambut perang yang dilengkapi dengan kehidupan diraja yang mewah, kecantikan luar biasa, fesyen high class; dan aktres yang mempunyai bakat lakonan yang menakjubkan!

Bila sebut sahaja nama aktres ini, ramai yang cemburukan kehidupannya dan berharap mereka menjadi sepertinya. Walaupun kehidupannya nampak sangat bahagia dan mewah, tetapi ramai yang tak tahu bahawa kehidupan sebenarnya adalah tragik dan menyedihkan. Sangat jauh daripada kisah-kisah dongeng.

Berikut DIVA kongsikan beberapa kisah kehidupan Grace Kelly yang sebenar. Tragik dan memilukan bagi seorang anak dan isteri putera diraja Monaco.

Berasal dari golongan elit & bukan kegemaran keluarga

Grace Kelly atau nama sebenarnya Grace Patricia Kelly merupakan anak ketiga daripada keluarga Ireland-Catholic yang paling kaya di Philadelphia dan keluarga yang sangat atletik serta suka bersosial.

Foto – Daily Mail UK

Bapa Grace, Jack sangat mementingkan anak-anaknya untuk mempunyai sikap yang suka bergaul seperti dirinya. Hanya tiga daripada empat anaknya memenuhi jangkaannya.

Dipetik daripada Vanity Fair, Grace tidak seperti adik-beradik yang lain kerana dia seorang pemalu, pendiam dan sensitif terhadap kesihatannya (asma dan resdung sejak kecil). Sikap dan personaliti Grace membuatkan dia anak yang paling tidak disukai oleh keluarganya.

Keluarganya sentiasa menentang kariernya 

Ketika Grace memberitahu dia mahu menjadi seorang aktres, keluarganya menentang keputusannya. Menurut sumber, bapanya tidak berpuas hati dengan pilihan karier Grace dan berkata bahawa pekerjaan itu memberikan pulangan yang sangat sedikit.

Foto – Daily Mail UK

Walaupun ditentang keluarga, Grace meneruskan kerjayanya dan menjadikan bapa saudaranya ‘Uncle George’ sebagai mentornya. Ini kerana George Kelly ialah seorang penulis drama berjaya yang memenangi Hadiah Pulitzer.

Berkat tunjuk ajar Uncle George, Grace dapat mempelajari selok-belok Hollywood dan diterima masuk ke Akademi Seni Drama Amerika di Manhattan.

Skandal Grace Kelly 

Menurut Express, Grace sangat menyukai dan akan memilih lelaki yang lebih tua. Aktres ini dikatakan mempunyai banyak hubungan percintaan terutamanya dengan aktor yang berlakon bersamanya.

Foto – Pinterest

Seorang ahli psikologi menilai  Grace mungkin secara tidak sedar mencari sosok seperti bapa memandangkan hubungannya yang sukar dengan bapanya sendiri.

Paling mengejutkan, Grace pernah bercinta dengan gurunya, Don Richardson yang 11 tahun lebih tua daripadanya. Disebabkan Don Richardson adalah seorang Yahudi, keluarga Grace memaksanya untuk memutuskan hubungan.

Berkahwin dan dikhabarkan suaminya hanya mahukan duit Grace 

Grace bertemu dengan suaminya, Putera Rainier III dari Monaco di Festival Cannes. Pertemuan pertama mereka adalah mencetuskan surat-menyurat yang kemudiannya mengakibatkan pertunangan mereka.

Foto – Town & Country MAG

Grace jatuh cinta dengan putera itu semasa dia menjalani penggambaran The Swan, di mana dia memainkan watak puteri muda yang sedang bersedia untuk menjadi isteri raja Eropah.

Walaupun kisah percintaan mereka mendapat perhatian dan sokongan ramai, tetapi ada segelintir yang ragu-ragu kerana Putera Rainier naik takhta selepas kemusnahan Perang Dunia II. Dia bukan sahaja mewarisi kerajaan, tetapi dia terpaksa berhadapan dengan timbunan masalah kewangan.

Kehidupan sebagai puteri bukan seperti apa yang dibayangkan

Tidak seperti kisah dongeng, Grace dilaporkan terpaksa melepaskan kerjaya lakonannya dan kewarganegaraannya. Seterusnya Putera Rainier berkeras untuk menerima mas kahwin untuk Grace untuk mendapat keistimewaan berkahwin dengan seorang putera raja. Harga yang diminta ialah $2 juta.

Foto – Vanity Fair

Jack Kelly tidak teruja untuk membayar perkahwinan untuk Grace tetapi disebabkan oleh manfaat sebagai seorang puteri diraja membuatkan Jack bersetuju untuk mengambil separuh daripada mas kahwin.

Akhirnya, Grace terpaksa menjalani ujian kesuburan untuk membuktikan dia boleh melahirkan waris. Tujuan ujian ini dilakukan kerana Monaco masih berada di bawah perjanjian lama dengan Perancis iaitu; jika Monaco tidak mempunyai pewaris, kerajaan itu akan dikembalikan kepada pemerintahan Perancis.

Kematian yang tidak disangka dan meragukan

Ketika Grace berusia 52 tahun, dia dikhabarkan meninggal dunia dalam sebuah kemalangan yang tragis. Sebelum kemalangan itu, Grace sedang menghantar anaknya, Puteri Stephanie ke sekolah dan dikatakan telah membelok tajam di selekoh gunung yang curam.

Foto – Pinterest

Tindakan itu menyebabkan kereta mereka jatuh ke curam sedalam 120 kaki. Apabila orang ramai bertanyakan tentang butiran mengenai kemalangan itu, tiada siapa yang bercakap dan cepat-cepat untuk menutup kes tersebut.

Dalam kemalangan itu, Stephanie hanya mengalami kecederaan ringan tetapi Grace mengalami pendarahan otak. Dia meninggal dunia pada 14 September 1982, di Hospital Monaco yang kemudian dinamakan Pusat Hospital Princess Grace). Sejak daripada kematiannya, Putera Rainier tidak pernah berkahwin dan dia dikebumikan di sebelah kubur Grace selepas kematiannya pada tahun 2005.

Sedih kan kisah hidupnya?

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
grace kellyputeri grace kelly
https://lomp.at/x26n9
Share12Tweet8SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem