Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Fesyen

Kompilasi Fesyen ‘Pelik’ Aina Abdul… Ada Yang Berbantal, Pepatung Hingga Bunga Ros?

by Soph Azz
June 1, 2023
Foto - @ainaabdul (IG)

Foto - @ainaabdul (IG)

Share on Facebook

Ada yang kata, kalau tak pelik tu bukan Aina Abdul namanya. Betul ke?

Penyanyi bersuara lunak, Aina Abdul sememangnya terkenal dengan gelaran “Ratu Fesyen Pelik”. Mana tidaknya, semua pakaian yang digayakannya memang sangat pelik, unik dan lain daripada yang lain.

Nak gayakan apa yang Aina pakai ini sebenarnya tak mudah kerana kamu memerlukan keyakinan diri yang tinggi dan tak mudah terkesan dengan apa yang orang kata.

Dan dalam entri kali ini, Miss Murai nak kongsikan fesyen pelik Aina yang berjaya mencuri perhatian semua orang! Scroll cepat untuk tengok yang mana satu…

Foto – @ainaabdul (IG)

Sepanjang program Big Stage berlangsung, Aina tak terlepas daripada menjadi topik perbualan ramai mengenai fesyennya. Setiap baju yang dipakainya direka khas oleh pereka tempatan seperti Masyadi Mansoor, Salleh Hamid, Daniel Zharif dan Khuntumn.

Foto – @ainaabdul (IG)

Manakala untuk sambutan hari raya lepas pula, Aina telah tampil mengenakan baju raya berbentuk anak bulan oleh Melinda Looi dan baju ala-ala ketupat oleh Wan&Mary.

Foto – @ainaabdul (IG)

Mengenakan baju berona merah jambu seperti gula-gula kapas, Aina sekali lagi menggayakan baju daripada Khuntumn. Manakala baju hitammnya yang dipenuhi dengan pelepah burung itu dihasilkan oleh Salleh Hamid.

Foto – @abushaefhamza (IG)

Disamakan seperti ikan laga, Aina telah mengenakan baju yang direka khas oleh Melinda Looi. Menariknya look Aina ini menggunakan pleats daripada Pleats by Looi. Nampak kemas dan mewah!

Foto – @ainaabdul (IG)

Walaupun ada yang komen seperti pokok krismas; bagi Miss Murai look ini nampak sangat unik apabila warna merah yang terang itu menonjolkan lagi Aina. Bajunya ini direka oleh Behati tau!

Foto – @ainaabdul (IG)

Direka oleh Khuntumn, Aina tampil menggayakan custom suit kuning yang dipadankan bersama topi besar yang diperbuat daripada pelepah burung unta.

[VIDEO] Ramai Puji 'Kritikan Pedas' Aina Abdul-"Yang Ini Aku Sokong!"
Foto – @ainaabdul (IG)

Menjadi kontroversi, Aina pernah tampil dalam puffy dress berona hitam yang direka oleh Behati. Komen warganet, ramai yang kesiankan tetamu KL Fashion Week yang berada di belakang Aina kerana terhalang pandangannya.

Foto – @ainaabdul (IG)

Direka oleh Behati lagi, Miss Murai suka look ini kerana di bahagian tengah badannya ada bunga ros besar!

Foto – @ainaabdul (IG)

Akhir sekali, look Aina seperti ice queen ini telah direka oleh Tengku Syahmi. Sekali pandang, teringat pula watak daripada filem Narnia.

Foto – @ainaabdul (IG)

Kongsikan dengan Miss Murai, antara fesyen Aina Abdul di atas, mana satu yang kamu suka?

aina abdulBaju Aina Abdulfesyen aina abdulfesyen pelik aina abdulratu fesyen pelik
https://lomp.at/y2h0j
Share2Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Foto - UNIQLO
Fesyen

Raya Bersama UNIQLO dengan Rekaan Sulaman Eksklusif Azreen Chan

by Nurul A.
March 8, 2026

Peruncit pakaian global UNIQLO memperkenalkan koleksi sulaman Raya edisi terhad dengan kerjasama ilustrator tempatan yang sedang meningkat naik, Azreen Chan....

Read moreDetails
Foto - PUMA x Pokémon
Fesyen

Teroka Ke Dunia Lain Dengan Kolaborasi PUMA X Pokémon

by Nurul A.
April 7, 2026

PUMA bekerjasama dengan Pokémon, untuk meraikan 30 tahun francais hiburan global. Meneroka "Into Another World," visual kempen ini menghubungkan dunia...

Read moreDetails
Foto - ATiiSSU
Fesyen

ATiiSSU Tampilkan STRAY KIDS Felix Dalam Filem Kempen

by Nurul A.
April 21, 2026

Jenama fesyen perhiasan kepala, ATiiSSU mendedahkan versi penuh filem kempen pertamanya, <DESERT COWBOY COLLECTION>, yang menampilkan Stray Kids Felix. Terbentang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Salah Susun Atau Salah Orang? Pelanggan Lari, Peniaga Tanggung Rugi

  2. 2

    Bekas Pengawal Peribadi Shah Rukh Khan Dedah Jumlah Gaji Diterima

  3. 3

    Nak Cuba Je, Tapi Jadi Cemas!  Warga Emas Tersangkut Dalam Kasut Getah Cetus Gelak Tawa

  4. 4

    Pulai Trail KL: Hutan Tersembunyi Di Tengah Bandar Yang Ramai Tak Sedar

  5. 5

    Peminat Panik Selepas Shah Rukh Khan Mahu ‘Berehat’ Dari Dunia Lakonan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara