Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Fatin Afeefa Komen Isu Suami Hina Kereta?-“Kesian Siapa Bini Dia Tu…”

by Naddy Joe
June 9, 2023
192
KONGSIAN
Share on Facebook

Suami kepada pelakon, Fatin Afeefa iaitu Aliff Awang mendapat kecaman teruk oleh netizen selepas tular video dirinya yang didakwa menghina kereta jenis bukan supercar di sebuah acara pertunjukan kereta di Pavilion Kuala Lumpur, baru-baru ini.

“Kesian Siapa Bini Dia Tu…”

Terkini, Fatin Afeefa dilihat berkongsi satu video di TikTok, menyifatkan tindakan lelaki berkenaan sangat tidak patut dan seharusnya menjaga hati isteri dan anak-anak.

“Baru-baru ni, ada satu video viral, this one guy hina orang yang bawa kereta Honda, Mustang yang basically bukan supercar. Bagi saya, sangat tidak patut. Merendah-rendahkan orang. Kena fikir anak bini. Kesian siapa bini dia tu.”-kata Fatin Afeefa

@fatinafeefa8

Honda pekak, AMG, mustang semua najis dia cakap. Kita pun di najiskan nya. Takpe, geng honda send me a selfie with your Honda, fa nak belanja 100 box #leanbyfa Lantakkan dia. Kena ingat hidup tak selamanya diatas, bro.

♬ original sound – ??????????????? – ?????????????

Tampil Mohon Maaf

Dalam pada itu, suaminya turut membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi Instagram selepas memberikan kenyataan yang telah melukakan hati pemilik kenderaan biasa dan bukan supercar.

“Berhubung video saya sebelum ini viral, saya ingin membuat sedikit penjelasan. Video berkenaan dibuat sangat spontan ketika itu. Sebenarnya kenyataan yang dibuat waktu itu ditujukan kepada kawan-kawan saya yang bawa kereta Mustang, kereta AMG yang datang pada hari itu dan tidak dapat masuk untuk sertai event pada hari itu.

Bukan secara terbuka untuk hentam mana-mana individu mahupun kumpulan yang membawa kereta tersebut. Memang sangat spontan, semua orang tengah berseronok ketika itu. Tiada niat untuk jatuhkan sesiapa. Saya mohon maaf.”-kata suami Fatin Afeefa

Selain mendapat kecaman oleh netizen, video berkenaan turut mendapat perhatian Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman yang memberikan nasihat agar tidak sombong serta memandang rendah pada mana-mana pemilik kereta tanpa mengira jenis kenderaan.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
2
+1
0
+1
0
+1
3
Aliff Awangfatin afeefasuami fatin afeefa
https://lomp.at/dlare
Share77Tweet48SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem