Wednesday, July 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Hollywood

Gara-Gara Naik Pentas Bergambar Bersama Christ Hemsworth, Peminat Dakwa ‘Ditipu’ Ingat Aaron Aziz Berlakon Dalam Extraction 2

by Puteri Alia
June 9, 2023
591
KONGSIAN
Share on Facebook

Pihak pengurusan Netflix di Malaysia mengesahkan Datuk Aaron Aziz, 47, tidak terlibat dengan sebarang lakonan untuk filem Extraction 2 sebaliknya hadir ke tayangan perdana sebagai tetamu jemputan.

Memetik laporan Utusan Malaysia, Datuk Aaron Aziz dan Iedil Dzhuhrie Alaudin adalah pelakon yang diundang mewakili Malaysia ke acara karpet merah dan tayangan perdana filem Extraction 2 bagi kawasan APAC yang berlangsung di Manila.

“Aaron Aziz dan Iedil Dzhuhrie Alaudin tidak terlibat dalam filem Extraction 2. Kedatangan mereka ke sana adalah bedasarkan undangan bagi mewakili Malaysia ke tayangan perdana,” respons agensi pengurusan Netflix di Malaysia, Maker Lab.

Namun begitu, Aaron Aziz dan Iedil Dzhuhrie berkesempatan bertemu pelakon utama Extraction 2 iaitu Christ Hemsworth dan pengarahnya Sam Hargrave di satu pentas yang sama.

Menjengah ke ruangan komen rata-rata video yang tular di media sosial, warganet mendakwa berasa kecewa kerana ingin melihat hero malaysia ini berlakon bersama bintang popular yang memegang watak Thor.

Bagaimanapun, para peminat begitu bangga dengan pencapaian Aaron meskipun hanya hadir sebagai tetamu ketika tayangan perdana filem ini baru-baru ini.

Selebriti-selebriti ini turut bergambar dengan bintang dari negara Asia Tenggara yang lain seperti Ananda Everingham dan Nawat Kulrattanarak.

Terdahulu, Aaron memuat naik beberapa video di laman sosial menceritakan keterujaannya bertemu bintang aksi terkenal dunia Chrish Hemsworth dan Sam Hagrave di Manila.
Extraction 2 merupakan sekuel daripada filem pertamanya yang terbit pada tahun 2020. Ia akan mula ditayangkan di Netflix bermula 16 Jun ini.
aaron aziz
https://lomp.at/x0nrs
Share236Tweet148SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem