Pelakon kacak, Shah Rukh Khan dikenali sebagai salah seorang artis yang digelar raja dalam percintaan.
Mengajar Untuk Menjadi Romantik
Hasil dari lakonannya, dia sebenarnya secara tidak langsung telah mengajar ramai orang tentang cara menjadi romantis.
Shah Rukh Khan juga menjadikan cinta kelihatan begitu indah dalam semua bentuknya. Apabila dia melebarkan tangannya, ramai wanita akan cair melihatnya.
Mempunyai Masalah Mengatakan Cinta
Tetapi, ternyata Shah Rukh Khan mempunyai masalah besar untuk mengatakan ‘I Love You’ di dalam dan di luar skrin.
Menurut Intepseleb, Shah Rukh Khan pernah berkongsi bahawa dia sebenarnya mempunyai masalah besar untuk mengatakan I Love You walaupun dia telah membuat begitu banyak filem romantik.
Dia percaya bahawa jika seseorang itu menyanyangi seseorang, tidak perlu dinyatakan dengan perkataan.
Baginya lagi, cukup dengan perbuatana telah menunjukkan kasi sayang seseorang tersebut.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.