Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Coldplay Bakal Beraksi Di Singapura Selama Empat Malam Pada Januari 2024!

by Naddy Joe
June 12, 2023
Share on Facebook

Peminat kumpulan Coldplay di Singapura yang ‘patah hati’ dengan pengumuman bagi siri Asia bagi Jelajah Dunia ‘Music Of The Spheres’ kini boleh kembali mengubat hati mereka.

Hal ini kerana kumpulan muzik yang telah memenangi Anugerah Grammy bakal membuat persembahan mereka di Stadium Nasional (National Stadium) selama empat malam iaitu pada 23, 23, 26 dan 27 Januari 2024 ini.

Pengumuman itu dilakukan selepas Live Nation Singapore telah berkongsi teaser yang memaparkan promosi jelajah Coldplay yang dimainkan di skrin beberapa bangunan di Singapura.

@livenationsg

#MOTSWT

♬ original sound – Live Nation Singapore – Live Nation Singapore

Jelajah Dunia ‘Music Of The Spheres’ Coldplay telah terjual lebih tujuh juta tiket iaitu jumlah paling banyak untuk mana-mana jelajah sepanjang dua tahun lepas, dan kumpulan ini juga memperoleh Favorite Touring Artist Award di Anugerah Muzik Amerika 2022.

View this post on Instagram

A post shared by Live Nation SG (@livenationsg)

Pra-jualan tiket konsert itu akan diadakan pada 19 Jun dari 2.00 petang hingga 11.59 malam.

Jualan terbuka akan bermula pada 20 Jun dari jam 2.00 petang melalui Ticketmaster, dengan harga tiket bermula dari S$68, tidak termasuk yuran tempahan.

Dalam pada itu, kumpulan Coldplay juga mengumumkan bahawa mereka bakal mengeluarkan sejumlah Infinity Tickets, berharga S$27, untuk konsert itu nanti.

Selain Singapura, Coldplay juga menambah Manila dan Bangkok dalam siri jelajah mereka yang sedang berlangsung, masing-masing pada 19 Januari dan 3 Februari 2024.

Untuk Malaysia pula, kumpulan itu akan membuat persembahan mereka di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 22 November 2023.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
coldplay singapura
https://lomp.at/mmrou
Share2Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem