Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Tidak Peka Soal Adab Berpakaian Selepas Menjemput Ulama, Ustaz Wadi Annuar ‘Terpaksa’ Pulang Awal Selepas Melihat Janna Nick

by Puteri Alia
June 12, 2023
117
KONGSIAN
Share on Facebook

Pilihan baju pengantin semasa nikah adalah penting untuk memastikan raja sehari tampil cantik dan menawan di hari bahagia mereka.

Bahkan waktu pemilihan busana pernikahan adalah waktu yang paling mengujakan bagi kedua-dua bakal pengantin.

Namun begitu, suka untuk diingatkan bahawa memakai pakaian yang cantik dan menutup aurat merupakan  tanda anda menghormati diri, menghormati majlis serta menghormati tetamu yang lain juga.

Meskipun bergelar tuan rumah majlis nikah atau perkahwinan anak, namun jika memilih untuk mengenakan kain meleret dua hasta, pastikan ianya tidak mencolok mata sehingga menampakkan sisi-sisi yang tidak sepatutnya dipertontonkan sebagai seorang yang bergelar Muslim.

Umum mengetahui bahawa masyarakat Islam kini didakwa semakin terikut-ikut cara pemakaian yang datang daripada pihak luar sehingga menjadikan pemikiran mereka diracuni bahawa pemakaian dalam Islam adalah kuno dan kolot seakan-akan Islam merupakan agama yang mundur dan tidak menepati putaran masa yang saban hari semakin canggih dan maju.

Berbincang soal ini, baru-baru ini pendakwah bebas, Ustaz Wadi Annuar telah tampil menjawab persoalan orang ramai apabila tular video beliau menghadiri majlis resepsi pasangan pelakon, Janna Nick dan Dini Schatzmann di sebuah resort terkemuka di Langkawi.

Menurut Ustaz Wadi Annuar atau nama sebenarnya, Mohamad Wadi Annuar Ayub, beliau dijemput oleh pihak tuan rumah untuk menghadiri majlis perkahwinan dan bacaan doa.

Bagaimanapun, beliau mengakui meninggalkan majlis perkahwinan pasangan selebriti Janna Nick dan Dini Schatzmann lebih awal seperti didakwa warganet di media sosial, baru-baru ini.

Jelasnya, tindakannya itu dibuat selepas memaklumkan kepada ‘tuan rumah’ untuk meninggalkan majlis berkenaan.

“Saya dijemput untuk menghadiri majlis perkahwinan itu dan membaca doa. Apabila sampai di majlis itu, pasangan pengantin belum sampai lagi. Sepuluh minit kemudian, pengerusi majlis mengumumkan saya membaca doa yang ketika itu pengantin tak ada lagi.

“Apabila saya nampak pengantin sampai dari hujung sana, saya beritahu PA (pembantu peribadi) bahawa kami kena balik kejap lagi dan tidak dapat teruskan majlis. Saya buat keputusan untuk tidak makan, (tidak) bergambar, (tidak) bersama mengikut tentatif sehingga ke akhir majlis,” katanya menerusi rakaman video di media sosial.

Ustaz Wadi memaklumkan selepas pasangan pengantin itu berucap dan beredar, beliau terus balik dan memaklumkan kepada ‘tuan rumah’ mengenai niat mereka untuk meninggalkan majlis lebih awal.

Janna Nick Akui Menangis Setiap Kali Datang Bulan, Dedah Gagal IVF & Kini Fokus 100% Untuk Hamil

Menurutnya, tindakannya itu adalah yang diajar dalam Islam iaitu tidak memalukan orang lain, menimbulkan persepsi negatif serta tidak menjatuhkan tuduhan dan fitnah.

“Hukum tetap hukum, namun pada masa sama, tidak keruhkan keadaan dan menimbulkan fitnah,” katanya di akhir rakaman video berkenaan.

Terdahulu, portal media melaporkan kehadiran Ustaz Wadi atau nama penuhnya Mohamad Wadi Annuar Ayub yang hadir membaca doa dalam majlis perkahwinan pasangan selebriti berkenaan mendapat pelbagai reaksi warganet.

Rata-rata warganet memberi pendapat bahawa Janna sepatutnya mempunyai akal budi mengundang agamawan apatah lagi tampil dengan persalinan pengantin tidak menutup aurat selain segelintir rakan artis yang turut berpenampilan sama.

Pada 10 Jun lalu, Janna atau nama sebenarnya, Nurul Jannah Muner, 28, dan Dini atau nama sebenarnya, Muhamad Dini Azan Schatzmann, 29, selamat melangsungkan pernikahan di sebuah lokasi tertutup di Langkawi.

Pasangan itu seterusnya diraikan dalam majlis resepsi berlangsung di sebuah resort terkemuka dekat Langkawi.

Antara rakan artis yang hadir adalah Izzue Islam, Nora Danish, Ain Edruce, Puteri Sarah Liyana, Nadia Brian, Mawar Rashid, Dayah Bakar dan ramai lagi.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
Dini Schatzmannjanna nickustaz wadi annuar
https://lomp.at/zquls
Share47Tweet29SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem