Wednesday, July 2, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Didakwa Tertekan Dengan Kecaman, Leona Mohon Bantuan Terapi Namun Netizen Pula Saran Dekati Tuhan

by Puteri Alia
June 12, 2023
76
KONGSIAN
Share on Facebook

Tahukah anda, separuh daripada masalah gangguan mental ini bermula seawal usia 14 tahun
dan tiga per empat daripadanya berlaku pada pertengahan usia.

Bahkan, tidak dapat dinafikan ketagihan melampau remaja masa kini terhadap media sosial dilihat pendorong kepada pembentukan perilaku dan sikap agresif, sehingga ada yang sanggup bertindak membunuh diri.

Tindakan sedemikian boleh terjadi ekoran terlalu taksub, kecewa atau terpengaruh dengan kandungan di media sosial sehingga diri gagal membuat pertimbangan wajar.

Jika diamati komen warganet berhubung tulisan atau gambar yang dipaparkan di media sosial, boleh dilihat semakin menjadi-jadi penyakit tidak senang hati atau iri hati atau lebih tepat penyakit ‘jiwa kacau’ di laman berkenaan.

Perhatikan apabila sesuatu gambar dikongsi, pasti akan ada ciapan komen yang secara tidak sedar menonjolkan sifat dan identiti si penulis atau pengguna media sosial itu sendiri.

Pelbagai reaksi dapat dilihat sama ada yang memberikan sokongan dan tidak kurang hebatnya juga yang memberi kecaman.

Berbahas soal ini, baru-baru ini dengan tidak semena-mena, pempengaruh media sosial sensasi yang juga anak kepada pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona mendedahkan ingin mendapatkan bantuan psikiatri atau terapi minda.

Perkara itu dikongsikan gadis berusia 21 tahun itu menerusi satu ciapan yang ditulis dalam Twitter miliknya.

“Saya memerlukan terapi,” tulisnya ringkas.

Walaupun tidak menyatakan punca dirinya perlu mendapatkan bantuan terapi, rata-rata netizen mengandaikan bahawa Leona mungkin tertekan apabila sering berdepan dengan kecaman berhubung beberapa kontroversi yang dilakukannya sebelum ini.

Dalam ruangan komen, ramai menyarankan agar Leona mendekatkan diri dengan Tuhan yang didakwa ‘pakar terapi’ terbaik buatnya.

“Bukan bantuan pakar terapi, tetapi petunjuk daripada Allah SWT,” tulis seorang netizen.

“Awak perlu banyak membaca al-Quran. Itu lebih mudah untuk difahami,” kata seorang lagi pengikutnya.

Malah, ada juga netizen menyarankan supaya Leona berubah menjadi seorang gadis yang lebih matang seiring dengan peningkatan usianya.

“Awak perlu juga mendewasakan dan mematangkan diri. Kematangan mempunyai kaitan dengan kecerdasan dan keupayaan untuk belajar berdasarkan pengalaman,” kata seorang pengguna Twitter.

Dalam pada itu, Leona juga diminta untuk berehat buat sementara waktu daripada bermain media sosial supaya dirinya berasa lebih tenang berdepan dengan kecaman masyarakat.

“Apa kata berehat sementara daripada melayari media sosial. Percayalah dengan cara ini boleh memberi impak kepada diri kita sendir,” cadang seorang netizen.

Sebelum ini, Leona kerap menjadi mangsa kecaman netizen kerana tindakan beraninya berkongsi foto dengan berpakaian seksi.

[VIDEO] Gelagat Leona & Azhar Sulaiman Menari 'Wadidaw' Raih Perhatian Netizen!

Malah, baru-baru ini dia Kembali menjadi bahan bualan hangat netizen apabila memuat naik sebuah video sedang menikmati percutian musim panas di England dengan memakai pakaian mencolok mata iaitu bikini berwarna putih.

Penampilan tersebut mengundang rasa kurang senang dalam kalangan netizen yang menganggap gadis berusia 24 tahun itu tidak sensitif berkaitan hal agama.

Bagaimanapun Leona menerusi hantarannya dalam Twitter pada awal bulan lalu menyelar orang ramai agar tidak menyibuk tentang gaya pemakaiannya.

Leona berkata, ada banyak perkara atau isu penting lain perlu diutamakan berbanding perihal dirinya yang menjadi sorotan ramai termasuk daripada pihak media.

“Tolong berhenti ‘terganggu’ dengan apa yang saya pakai. Saya merayu tolong letakkan perhatian pada isu yang lebih penting.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
1
+1
1
Kasih Iris Leona
https://lomp.at/gsw8r
Share30Tweet19SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem