Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Filem

Bomba The Movie “LEGASI WIRA MERAH” Bakal Box Office Januari 2024!

by Amirul Fikry
June 14, 2023
155
KONGSIAN
Share on Facebook

Baru-baru ini, Multimedia Entertainment bersama GSC Movies telah mengadakan Lawatan untuk media ke set penggambaran filem aksi “Legasi Wira Merah” yang bertempat di Iskandar Malaysia Studios (IMS), Johor.

IMS merupakan sebuah studio penggambaran bersepadu yang terbesar di Asia Tenggara. Dalam sesi lawatan tersebut, tetamu juga dibawa ke studio dan set yang terdapat di sana. Sewaktu lawatan, pihak media berpeluang untuk menyaksikan sendiri bagaimana filem ini dihasilkan di studio yang serba lengkap dan berteknologi canggih.

Memetik kenyataan dari Ketua Pegawai Eksekutif Iskandar Malaysia Studios iaitu Rashid Karim,

“Filem ini mengandungi beberapa adegan yang mencabar dan berpotensi berbahaya untuk dirakamkan di lokasi sebenar disebabkan risiko yang terlibat. Walau bagaimanapun, visi kreatif pasukan produksi dapat direalisasikan di fasiliti IMS, di mana perlaksanaannya dapat dilakukan dengan menggunakan peralatan terkini dalam persekitaran yang selamat dan terkawal”

Filem Aksi Bomba Yang Pertama Tahun 2024

Kos yang telah dibelanjakan bagi menyiapka set ini adalah sebanyak RM8 Juta termasuk dengan kos menggunakan Computer-generated imagery (CGI). Anggaran masa yang ada bagi menyiapkan filem ini sepenuhnya adalah 6 bulan sebelum bakal ditayangkan pada Januari tahun Hadapan.

13 Jun merupakan hari penggambaran yang ke 27 daripada 41 hari keseluruhan, dan sesi penggambaran filem ini masih lagi berjalan sewaktu pihak media membuat lawatan ke sana.

Pengarah James Lee bersama pelakon Ben Amir dan crew production

Selain itu, seramai 144 anggota bomba yang terlibat dalam filem ini. Anggota bomba juga turut serta sebagai body double untuk membawa trak dengan aksi yang berbahaya. Antara pelakon yang terlibat adalah Ben Amir, Nas T, Henley Hii, Fad Anuar, Mathni Razak, Abbas Mahmood, Sasidaran, Ammar Alfian, Hairie Othman, Nia Atasha dan ramai lagi.

Barisan pelakon yang hadir

Sinopsis Filem Bomba The Movie “Legasi Wira Merah”

Setelah berjaya menyelamatkan beberapa pendaki remaja daripada Gunung Kinabalu, Amir seorang ahli Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat (STORM) dan mentornya Eddy menjadi semakin akrab. Namun Eddy telah terlibat di dalam kemalangan yang tragis dan berasa bersalah atas kejadian itu.

Apabila menara TEXVIN 118 terbakar, Amir telah ditugaskan untuk mengetuai misi penting ini. Keadaan menjadi lebih tegang apabila ada anggota bomba turut terperangkap di dalam bangunan tersebut. Adakah Amir akan berjaya menyelamatkan mereka atau tragedi lampau akan berulang?

What’s your Reaction?
+1
1
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
bomba the movielegasi wira merah
https://lomp.at/97ssf
Share62Tweet39SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem