Dugaan menimpa usahawan kosmeti sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri apabila kenderaannya telah dilanggar oleh seorang pemandu di persimpangan Jalan S S2, Petaling Jaya, Selangor, semalam.
Kenderaan Dirempuh Arah Belakang
Menerusi video yang dimuatnaik di Instagram, Aliff dilihat memekik ke arah pemandu terlibat disebabkan kepalanya yang mengalami hentakan ketika kenderaannya dilanggar dari arah belakang.
“Takde angin takde ribut. Tiba-tiba kereta saya dilanggar dari arah belakang. Padahal jalan jem sangat-sangat pada waktu ini. Dan saya bawa perlahan sangat tiba-tiba kepala saya terhentak sakit sangat. Kepala saya sakit-sakit.
Ujian sungguh untuk saya. Syukur saya selamat. TQ korang yang sentiasa doakan saya. Maaf kalau saya teremosi sebab saya amat stress dan terkejut.”-Kongsi Aliff di Instagram
Netizen Kesal Dengan Aliff Syukri?
Walaubagaimanapun, segelintir netizen meluahkan rasa kesal terhadap Aliff Syukri yang didakwa “terlalu over” memarahi pemandu terlibat, malah ada yang mendakwa usahawan sensasi ini mencetuskan kekecohan sehingga menambahkan lagi kesesakan jalan raya.
“Alahai sikit je tu Dato. Cuba la bersyukur sebab selamat. Kan boleh claim insuran. Kecoh-kecoh kat situ buat tambah jem je jalan. Kecoh je lebih.”
“Tak rilek la dato. Biasalah tu bukan orang tu sengaja pun. Berlambak lagi kemalangan lebih teruk takde pun terpekik terlolong. Aiyyo macam ni punya orang pun adoo.”
“Typo teruk dato. Ingat ke remuk teruk padahal ciput je. Claim je la insurans, benda tak sengaja tu.”
Bidas Komen Netizen!
Tidak berdiam diri, Aliff dilihat membidas beberapa komen netizen yang dikatakan “senang cakap”, walhal kenderaan yang dibelinya tidak pernah mengalami sebarang kemalangan tiba-tiba mengalami rempuhan.
“Awak senang la cakap. Cuba awak dekat tempat saya kereta ni saya beli daripada baru dan saya pakai tak pernah pun ada kemalangan. Tiba-tiba orang rempuh”-balas Aliff
Apa komen anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.