Tahniah dan selamat pengantin baru pada Janna Nick dan Dini Schatzmann!
Selain menganjurkan majlis perkahwinan yang dreamy, intim dan romantik; Miss Murai sangat tertarik dengan mekap yang dikenakan oleh Janna Nick pada hari tersebut. Mana taknya, mekapnya yang minimalis itu telah menaikkan seri pengantin dan kecantikannya secara semula jadi.
Kalau kamu nak tahu; mekapnya itu sendiri telah mencetuskan kontroversi apabila ada warganet ‘merisik’ harga pada makeup artist (MUA) itu sendiri. Mekapnya itu dikatakan telah mencecah harga sekitar RM10 ribu dan MUA itu sendiri ‘diterbangkan’ daripada negara Thailand.
Bagi Miss Murai, tak salah kalau kamu nak berhabis duit untuk mekap kerana ia akan buatkan kamu nampak cantik pada hari istimewa tersebut. Tetapi bagi mereka yang tidak mempunyai bajet yang lebih; kamu boleh cipta semula mekap glass skin ala-ala Janna ketika hari perkahwinannya.
Cara-caranya:
- Prep dulu wajah menggunakan pelembap dan primer bagi mengunci kelembapan, menutup cela serta pori. Untuk mudahkan kamu, boleh juga guna First Cream daripada MUA Babara Beer iaitu 2-in-1 pelembap dan primer.
- Kemudian sapukan foundation dalam kuantiti sedikit menggunakan berus. Sapukan dalam lapisan yang ringan dan pastikan ia tak nampak terlalu tebal di atas kulit.
- Untuk concealer pula, hanya sapukan di bahagian yang perlu ditutup seperti cela sahaja. Pastikan sapu dalam kuantiti yang sedikit dan blend secara ringan menggunakan berus.
- Bagi bronzer, highlighter dan blusher pula, elakkan daripada guna produk bedak. Tetapi pilih untuk gunakan produk berkrim untuk pastikan ia kekal lebih lama dan tak mudah ‘luntur’.
- Mekap bahagian mata, Miss Murai syorkan untuk pilih warna coklat lembut dan glitter untuk menonjolkan bahagian tersebut. Kening pula, hanya lukiskan atau isikan bahagian kening yang jarang secara ringan sahaja.
- Selepas selesai, kunci mekap dengan menggunakan setting powder. Sapukan di bahagian yang mudah buatkan mekap kamu menjadi crack seperti garis senyuman, dahi dan sekitar mata.
- Lengkapkan mekap glass skin kamu dengan lipstik berona pink atau coral.
Selamat mencuba!
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini.