Wednesday, July 2, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

PU Riz ‘Nervous’ Mahu Timang Cahaya Mata Kedua Kurang Sebulan Lagi, Neelofa Mahu Beri Nama…

by Puteri Alia
June 16, 2023
729
KONGSIAN
Share on Facebook

Setiap pasangan suami isteri pasti teruja membuat persiapan lengkap untuk menyambut kelahiran cahaya mata.

Sama ada kali pertama, kedua, ketiga atau selebihnya, keterujaan menimang cahaya mata pastinya sama saja. Ada terselit debaran dan juga kegembiraan kerana jumlah anggota keluarga akan bertambah.

Manakan tidak, sejak bayi masih di dalam kandungan, ibu bapa sudah membuat pelbagai persediaan daripada segi fizikal dan mental untuk menyambut kelahiran anak mereka.

Ternyata, banyak perkara yang perlu dipelajari dan setiap hari adalah proses pembelajaran terutamanya dalam melatih ibu dan ayah untuk menjadi tauladan terbaik kepada anak mereka.

Berbahas soal itu, baru-baru ini pendakwah bebas PU Riz mengakui teruja dan tidak sabar menantikan cahaya mata keduanya bersama isteri juga pengacara dan pelakon popular, Noor Neelofa Mohd Nor.

PU Riz atau nama sebenar, Muhammad Haris Mohd Ismail, 28, berkata, sebagai ibu bapa, perasaan takut memang akan ada dalam diri ketika ingin menimang anak.

“Meskipun ada perasaan takut, tapi saya percaya anak-anak ini banyak memberi kebahagiaan kepada ibu bapa.

“Apabila kita penat selepas melakukan kerja, memeluk dan melihat wajah anak pun sudah buat kita gembira,” katanya.

Tambahnya, dia bersyukur dan akan menyambut baik kelahiran anak keduanya itu yang sedang menunggu hari lebih kurang sebulan.

Mengulas lanjut, PU Riz dan isteri juga sudah bersedia mental dan fizikal untuk rutin penjagaan anak seperti membuat susu dan menukar lampin pakai buang.

Katanya lagi, dia dan Neelofa sudah mempunyai cadangan nama bagi anaknya dan akan didedahkan tujuh hari selepas kelahiran.

Terdahulu, PU Riz dan isteri selamat menerima anak sulungnya, Muhammad Bilal Muhammad Haris setahun lalu. Mereka mendirikan rumah tangga pada Mac 2020.

[VIDEO] Gelagat Anak Neelofa, Bilal Mengaji Quran Cetus Pujian Ramai!-"Baru 3 Tahun Dah Fasih"
What’s your Reaction?
+1
3
+1
3
+1
1
+1
3
+1
2
+1
3
neelofaPU Riz
https://lomp.at/wbrny
Share292Tweet182SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem