Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

“Mama Papa Tetap Mentua Sarah”- Sayu! Puteri Sarah Kongsi Tangkap Layar Perbualan Dengan Ibu Syamsul Yusof

by Puteri Alia
June 16, 2023
523
KONGSIAN
Share on Facebook

Dalam hidup berumahtangga, sebolehnya kita ingin menjadi menantu terbaik. Namun, seringkali kita dengar masalah yang kerap berlaku antara mentua, ipar dan menantu. Pasti ada yang tak puas hati dan kurang senang bila ada orang baru dalam keluarga.

Namun, tak semuanya begitu. Tak perlu bersangka buruk selagi kita belum kenal keluarga baru, baik menantu, mentua atau ipar sendiri. Kadang-kadang, ada masalah seperti inilah yang boleh menjadi punca penceraian, akibat campur tangan keluarga mentua.

Oleh yang demikian, hubungan antara ibu mentua dengan menantu perempuan seharusnya akrab seperti sahabat. Bagaimanapun, tidak ramai berpeluang menikmati persefahaman begitu.

Umum mengetahui kemelut rumah tangga pelakon Puteri Sarah Liyana dan bekas suaminya yang juga pengarah sensasi, Syamsul Yusof berakhir dengan cerai talak satu, kelmarin.

Susulan itu, Puteri Sarah memuat naik tangkap layar yang memaparkan perbualannya bersama bekas ibu mentua, Datin Patimah Ismail menerusi aplikasi WhatsApp.

Menerusi hantaran itu, Puteri Sarah menyatakan bahawa ibu bapa mentuanya sedih dengan pengakhiran rumah tangganya, namun hubungan antara mereka tidak akan berubah.

“Sarah tahu mama dan papa sedih. Apapun yang terjadi, mama dan papa tetap mama dan papa buat Sarah.

“Tidak akan berubah. Saya sayang mama papa selamanya,” tulisnya.

Lebih sayu, balasan WhatsApp Patimah kepada Puteri Sarah memaparkan kasih sayang yang diberikan kepada Sarah tidak pernah kurang.

“Jangan cakap macam tu, papa (Datuk Yusof Haslam) kata tiada ada apa yang akan berubah antara Sarah dan keluarga, kami tetap sama seperti dulu,” balas Patimah.

Puteri Sarah dan Syamsul sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, kelmarin.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
1
+1
1
+1
0
+1
1
+1
0
Bahagia Tapi Takut Nak Cakap, Ira Kazar Pilih Berahsia Selepas Cerai Syamsul Yusof
puteri sarahSyamsul Yusof
https://lomp.at/drcga
Share209Tweet131SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem