Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

10 Tahun Berkahwin Dengan Tok Ram Belum Ada Anak, Datin Alyah Akui Sanggup Tunggu Dan Percaya Rezeki

by Puteri Alia
June 19, 2023
879
KONGSIAN
Share on Facebook

Memiliki cahaya mata pastinya menjadi idaman hampir kesemua pasangan suami isteri bagi melengkapkan mahligai rumah tangga yang dibina.

Untuk mencapai impian itu, tahap kesuburan yang tinggi merupakan faktor signifikan yang sangat diperlukan oleh kedua-dua pasangan.

Pun demikian, tidak semua pasangan bernasib baik kerana ada juga dalam kalangan suami isteri yang mengalami masalah ketidaksuburan.

Hendak dikira dari segenap aspek, masalah dalaman itu boleh berpunca daripada pelbagai sebab. Selain takdir ILAHI, pemeriksaan kesihatan dapat menentukannya.

Pun begitu, dengan pelbagai teknologi kesihatan masa kini, impian memiliki si kecil hampir tidak mustahil.

Sungguh pun pelbagai usaha telah dilakukan namun tidak berjaya, ketahuilah rezeki Allah terbentang luas.

Siapalah kita selemah-lemah manusia untuk membanding-bandingkan rezeki yang Allah kurniakan. Percayalah sekiranya masih ada perasaan iri hati dan perasaan sedih dalam hati kerana diuji dengan lambat dikurniakan zuriat, kita akan lebih tertekan.

Kuatkan mental dan emosi luaran dan dalaman dengan sentiasa puji-memuji Allah. Sesungguhnya rezeki Allah itu sangat luas. Mungkin kita belum dikurniakan zuriat tetapi kita mempunyai keluarga mertua yang sangat baik. Begitu juga nikmat-nikmat lain yang Allah telah sediakan untuk kita.

Berbahas soal ini, baru-baru ini penyanyi Datin Alyah memaklumkan tidak tertekan apabila memikirkan soal zuriat biarpun usia perkahwinannya kini mencecah 10 tahun.

Alyah atau nama sebenarnya, Noor Hasliah Abu Hasan berkata, dia dan suami yang juga maestro muzik terkenal, Datuk Ramli MS hanya berserah kepada Yang Maha Esa.

“Tak ada masalah, belum ada anak kecil jadi boleh diuruskan semuanya.

“Bagi Tok Ram, dia dah ada dua ‘junior’, tetapi saya belum lagi.

“Saya tak stress memikirkan tentang itu. Saya percaya perancangan Allah itu lebih hebat daripada kita,” katanya dalam rancangan hiburan popular TV3, Melodi.

Disoal adakah bercadang membuat rawatan persenyawaan in-vitro (IVF), Alyah berkata, kepadatan jadual membuatkannya belum memulakannya.

“Untuk rawatan IVF, kita bertanya-tanya juga, walaupun saya tak banyak muncul di kaca televisyen, tetapi Alhamdulillah masih memenuhi jemputan acara dan nyanyian.

“Saya tak boleh katakan apa-apa lagi sebab jadual agak padat.

“Seperti yang kita tahu, rawatan IVF ini kena betul-betul bertenang dan jadual juga kena kosong. Kalau ada rezeki Allah nak beri, kita terima,” jelasnya positif.

Dalam pada itu, pelantun lagu Meluruh ini berkata, suaminya bersikap positif dan rumah tangga mereka dalam keadaan baik.

“Dia okey sahaja. Orang luar pasti fikir bila kami tak banyak gambar dan video bersama, tetapi sebenarnya kami baik-baik sahaja.

“Tok Ram juga bukanlah seorang yang terburu-buru. Nak kata bahagia betul, biasalah rumah tangga ada pasang surutnya,” kongsi Alyah.

Mengulas adakah ada perasaan pasrah sehingga berputus asa, Alyah berkongsi, dia banyak mendengar ceramah agama dan hanya berserah kepada Tuhan.

[VIDEO] Gelagat Anak Datin Alyah, Izzara Campak Mikrofon Raih Perhatian Ramai!

“Tipulah tak ada (putus asa), saya seorang wanita biasa. Saya melalui proses matang sebagai wanita, jadi bila banyak mendengar ceramah dapat menguatkan rohani.

“Jadi, saya tahu hakikatnya adalah kita bukan perancang yang hebat sebab banyak perkara yang dirancang tidak menjadi.

“Di penghujung jalan kehidupan, kita kena berserah. Tak perlu stress, kita akan rasa tenang. Apa yang dicari dalam kehidupan adalah ketenangan kerana ia sungguh mahal,” tutupnya.

Alyah dan Ramli mendirikan rumah tangga pada Mac 2013 dalam sebuah majlis secara rahsia di Indonesia.

What’s your Reaction?
+1
2
+1
6
+1
0
+1
0
+1
2
+1
1
Datin Alyahtok ram
https://lomp.at/rjj6e
Share352Tweet220SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem