Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Rupa Paras Sering Dihina, Sharifah Sakinah Berang Anaknya Baru 6 Tahun Jadi Mangsa Buli Netizen

by Puteri Alia
June 19, 2023
1.1k
KONGSIAN
Share on Facebook

Pelakon Sharifah Sakinah berang dengan sikap netizen yang membuli dan mengejek anaknya, Anais berikutan tular sebuah video di aplikasi TikTok membabitkan anak tunggalnya bersama dan kakaknya, Sharifah Shahirah.

Sehubungan itu, Sakinah menerusi hantaran di Instagram (IG) memberi amaran tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang bagi memastikan perbuatan itu tidak berlanjutan.

“Saya ingin mengetengahkan satu insiden yang berlaku, baru-baru ini membabitkan anak perempuan saya, Anais dan kakak saya seperti yang tular dalam aplikasi TikTok.

“Saya tak kisah jika kalian nak membuat andaian atau bercakap buruk pasal saya, tetapi bukan pada kanak-kanak berusia 6 tahun.

“Sepanjang 15 tahun saya aktif dalam IG, saya cuba membataskan diri daripada berkongsi perkara peribadi termasuk membuat ulasan mengenai produk mengarut sebagai isi kandungan.

“Keutamaan saya lebih kepada menjaga perasaan anak dan reputasi keluarga.

“Sangat mengecewakan apabila melihat anak saya menjadi mangsa buli. Mengambil kira ini adalah amaran terakhir, saya akan mengambil tindakan undang-undang demi untuk melindungi keluarga,” kata Sakinah menerusi hantaran berbentuk foto bersama anaknya itu.

Menerusi entri sama, pelakon filem Jemputan Ke Neraka ini sempat menitipkan pesanan kepada netizen supaya lebih berhati-hati apabila menulis komen dalam media sosial.

“Marilah kita bersama memupuk persekitaran dalam talian yang penuh belas ihsan dengan mengangkat antara satu sama lain berbanding menjatuhkan mereka,” ungkap Sakinah.

Meninjau ruangan komen, ramai pengikut Sakinah termasuk rakan artis memberi kata-kata semangat kepada pelakon sensasi itu.

What’s your Reaction?
+1
2
+1
0
+1
1
+1
1
+1
6
+1
10
[VIDEO] Ryzal Ibrahim Kongsi Gelagat Rina, Netizen Terhibur!-"Ni Macam Sharifah Sakinah.."
sharifah sakinah
https://lomp.at/6x823
Share438Tweet274SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  2. 2

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  3. 3

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem