Sunday, April 28, 2024

Bermimpi Untuk Digandingkan Dalam Satu Filem, Shah Rukh Khan Benar-Benar Kagumi Jackie Chan

63
KONGSIAN
Memang tidak dapat dinafikan Shah Rukh Khan adalah bintang Bollywood paling digemari ramai.
Biarpun bergelar seorang selebriti, namun sikap merendah diri dan baik hatinya menjadi punca utama Shah Rukh Khan berjaya memikat hati peminat, termasuklah rakan-rakan selebriti Bollywood dan luar negara.
Maka tidak hairanlah ada dalam selebriti-selebriti dari Hollywood yang berani mengaku bahawa mereka adalah peminat tegar Shah Rukh Khan!
Bagaimanapun, biarpun dirinya merupakan selebriti terkenal yang disegani ramai namun dia bersifat rendah diri dan sentiasa menyangjungi selebriti lain.
Bintang Bollywood Shah Rukh Khan mendedahkan bahawa dia pernah menawarkan filem adiwira pecah panggung “Ra.One” kepada bintang filem seni bela diri terkenal Jackie Chan pada 2010.
Walau bagaimanapun, hasratnya tidak kesampaian memandangkan kadar bayarannya agak mahal, namun ia tidak memutuskan harapan Shah Rukh Khan menjalin kerjasama dengan Jackie pada masa akan datang.

Biarpun filem Ra.One telah lama ditayangkan iaitu sekitar 2011, Shah Rukh Khan masih terkenang memori pembikinannya.

Akuinya dalam satu wawancara, sebelum naskhah tersebut menjalani penggambaran dia sudah mengusulkan nama pelakon tersohor, Jackie Chan sebagai pelakon.

Apatah lagi watak bernama Akaashi iaitu ‘genius’ komputer untuk aktor yang turut dikenali di Hollywood itu dirasakan paling tepat selain ditambah populariti Chan di India.

Namun hajat itu tidak kesampaian kerana menurutnya, bayaran dituntut pihak pengurusan selebriti tersebut di luar kemampuan produksi.

Akhirnya, watak Akaashi digalas Tom Wu, namun Shah Rukh Khan tetap menaruh harapan dapat bekerjasama dengan Chan untuk projek akan datang.

Pelakon Shanghai Noon itu pernah mengendong anak sulung Shah Rukh Khan ketika masih bayi.

+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

HOT MINGGU INI