Friday, July 11, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Pilu Lihat Adik Luth Menderita Penyakit Paling Jarang Dijumpai, Anzalna Kutip Dana Selamatkan Nyawa

by Puteri Alia
June 21, 2023
92
KONGSIAN
Share on Facebook

Jika ketika ini ada dalam kalangan kenalan kita yang sedang diuji dengan kesakitan dan terlantar di hospital, carilah masa lapang untuk menziarahinya.

Kehadiran kita itu pastinya akan meninggalkan kesan kepada jiwanya yang sedang berduka.

Sedikit sebanyak ia dapat mengurangkan beban penderitaan yang dialami mereka malah membantu menyembuhkan sakitnya dengan keizinan Allah SWT atas iringan doa.

Sebagai contoh, baru-baru ini pelakon Anzalna Nasir meluahkan rasa simpati dan sebak dengan dugaan dan derita yang menimpa kanak-kanak berusia empat tahun, Mas Muhammad Luth Muhammad Aliff yang menderita penyakit jarang dijumpai, lantas menggerakkan usaha mengumpul dana meringankan beban ditanggung keluarga si kecil itu.

Anzalna mengakui terkesan dengan penderitaan dilalui Luth yang menghidup ‘high grade glioma’ peringkat empat, iaitu antara penyakit paling jarang dijumpai dalam dunia.

“Hati siapa yang tidak luluh apabila melihat kanak-kanak ceria tiba-tiba jatuh sakit. Paling menghibakan apabila penyakit berkenaan jarang dijumpai dan amat sukar untuk diberi rawatan.

“Saya sudah mengenali Luth sejak kecil lagi. Dia lebih kurang usia anak saya. Pastinya apa yang berlaku membuatkan saya terpanggil untuk mencari dana membantu Luth mendapatkan rawatan sewajarnya untuk kembali pulih,” katanya.

Tambah Anzalna, ‘high grade glioma’ yang juga sejenis tumor yang hinggap di kepala Luth begitu agresif dan perlu dirawat segera.

Sejak didiagnos pada 31 Januari lalu, Luth sudah menjalani pembedahan bagi membuang bahagian terbabit.

“Luth sudah menjalani pembedahan dan rawatan susulan termasuk radioterapi dan kemoterapi. Namun, ujian MRI baru-baru ini menunjukkan keputusan kurang memberangsangkan.

“Paling menyedihkan apabila doktor memaklumkan kes yang berlaku kepada Luth amat jarang berlaku dalam dunia terhadap kanak-kanak.

“Hanya 10 peratus sahaja mampu bertahan dan peluang untuk hidup hanya satu tahun sekiranya tidak mendapat rawatan,” katanya.

anzalna
https://lomp.at/l5rmw
Share37Tweet23SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  2. 2

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  3. 3

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  4. 4

    [VIDEO] Berlaku Kasar Terhadap Staf Konsert, Sikap BLACKPINK Jennie Dicemuh Ramai

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem