Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

“Bercerai Atau Rujuk Semuanya Datang Daripada Saya”- PU Abu Akui Bahagia Amal Poligami

by Puteri Alia
June 22, 2023
27
KONGSIAN
Share on Facebook

Rasulullah SAW sangat kreatif menggunakan pelbagai strategi dakwah sesuai dengan konteks semasa pada zamannya, antaranya adalah strategi dakwah melalui pernikahan.

Bagaimanapun poligami yang memecah-belahkan itu bukan mengikut sunah. Matlamat yang jelas dan kebersihan niat baginda menggunakan strategi pernikahan untuk dakwah semakin diterima apabila seseorang memahami tafsir Surah al-Nisa’, ayat 3 yang diajarkan Rasulullah SAW.

Bahkan islam datang untuk membatasi dan tidak menyuruh berpoligami melainkan hanya memberi kelonggaran untuk menyelesaikan masalah tertentu.

 ‘Ya betul, saya berpoligami’

Berbincang soal ini, demikian maklum balas pendakwah bebas dan bekas peserta Pencetus Ummah (PU) Abu mengenai status terkini rumah tangganya.

Malah, PU Abu atau nama lengkapnya Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi mendedahkan perkahwinan bersama kedua-dua isterinya berada dalam keadaan baik dan bahagia.

“Ya betul, saya berpoligami dan Alhamdulillah, saya menjalani proses (poligami) yang sangat baik, kedua-dua isteri saya juga setakat ini harmoni,” katanya.

Dalam pada itu, PU Abu menegaskan dakwaan kononnya dia dan isteri kedua masih belum rujuk adalah tidak benar, sebaliknya mereka berdua sudah lama kembali bersama secara sah.

“Saya cuma boleh cakap saya ada dua isteri, selain sudah rujuk lama dengan Hana iaitu isteri keduanya.

“Bercerai atau rujuk, semuanya datang daripada saya. Saya adalah pelafaznya, segala kenyataan yang benar adalah daripada saya,” jelasnya.

Paling utama kata Abu, dia mengharapkan orang ramai mendoakan kebahagiaan rumah tangganya selain enggan lagi dipandang negatif mahu pun dicemuh netizen berkaitan kontroversi terdahulu.

“Saya minta doakan yang baik-baik sebab saya melalui proses yang sangat panjang dalam usaha membina keluarga yang lebih baik dan bahagia.

“Saya tidak mahu lagi dipandang negatif kerana dulu sebut sahaja nama PU Abu, pasti orang akan ungkit kesilapan lalu. Benda itu saya harap tidak berlaku lagi,” katanya.

PU Abu dan isteri pertama Ain Afini berkahwin pada Ogos 2022 dengan dikurniakan tiga cahaya mata.

Namun krisis rumah tangga mereka mula mendapat perhatian sekitar April 2019 apabila Ain Afini mendedahkan telah diceraikan ketika sarat hamil tujuh bulan.

Ain turut memberitahu punca perceraian itu disebabkan orang ketiga iaitu ibu tunggal yang dikenali sebagai Hana Azraa,

Bagaimanapun, PU Abu dan Ain kembali rujuk semula selepas dua minggu perkahwinan antara PU Abu dan Hana.

Hana dan PU Abu pula berkahwin pada Mei 2019 dan mempunyai seorang cahaya mata, namun rumahtangga mereka hanya bertahan setahun sebelum bercerai.

Konflik rumah tangga antara PU Abu dan Hana terlerai apabila hubungan mereka kembali pulih selepas kedua-duanya mengambil jalan untuk berdamai.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
2
+1
0
+1
0
+1
0
PU Abu
https://lomp.at/3yc9m
Share11Tweet7SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  2. 2

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  3. 3

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem