Monday, August 18, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Lebih Sedekad Istiqomah Berhijrah, Iwan Syahman Doa Tidak Mahu Jadi Kaya-“Lebih Banyak Ujian Bakal Ditempuh”

by Puteri Alia
June 22, 2023
29
KONGSIAN
Share on Facebook

Lebih sedekad melakukan penghijrahan dalam hidup, penyanyi, Iwan Syahman, tidak mahu hidup dalam penuh kemewahan kerana lebih banyak ujian bakal ditempuh kelak.

Iwan yang pernah popular dengan gelaran raja dangdut sebaliknya berkata, dia lebih selesa hidup dalam kesederhanaan dan sentiasa berdoa agar istiqamah melakukan kerja dakwah.

“Kita perlu hidup sederhana dan jangan minta mewah. Kita berdoa jangan minta kaya sebab ujiannya lebih besar. Itu yang saya pernah lalui dahulu.

“Ujian itu yang mengajar kita supaya jangan jadi macam dulu lagi. Itu sebab pentingnya istiqamah dan saya selalu berdoa agar Allah SWT tetapkan hati berada pada jalan ini. Inilah dia kerja dakwah dalam mencari maksud kehidupan,” katanya.

Memetik laporan berita, ditanya pernah lupa diri ketika kemuncak karier pada 1990an, pemilik nama lengkap Wan Syahman Wan Yunus berkata, dia pernah hanyut seketika dengan pelbagai nikmat dan ujian yang datang.

“Bila banyak duit macam-macam ujian datang dan kehendak, dari kiri dan kanan termasuk ujian perempuan,” katanya.

Iwan ditemui semasa majlis menandatangani perjanjian usahasama antara Kumpulan Angkasa Mukmin dan Batik Air Malaysia bagi program umrah sesi 2023 hingga 2024 di sebuah hotel di Petaling Jaya, semalam.

Iwan antara empat selebriti ditaja syarikat terbabit untuk menunaikan umrah bersama tiga artis lain iaitu Mel Wings, Ali XPDC dan dR Sam.

Dalam pada itu, Iwan turut memberitahu dia pernah terlepas peluang menunaikan umrah sebanyak tiga kali sebelum ini.

Katanya, peluang tersebut gagal ditunaikan disebabkan oleh beberapa faktor seperti masalah dokumen untuk visa disebabkan dirinya masih berstatus penduduk tetap di negara ini.

“Pernah juga disebabkan masalah Covid-19.

“Kali ini, dengan izin Allah, saya berangkatlah. Insha Allah semoga dipermudahkan urusan saya bersama ejen pelancongan ini,” katanya.

iwan syahman
https://lomp.at/b7vo6
Share12Tweet7SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Kecantikkan Tengku Puteri Nadhirah Di KLFW Curi Tumpuan Ramai!

  2. 2

    Anak Bongsu Rosyam Nor Curi Perhatian Netizen-“Bapak Mentua Ku”

  3. 3

    [VIDEO] Telatah Rina Petah Nyanyi Lagu Melayu, Netizen Terhibur!-“Sumpah Ni Je Yang Tak Cringe..”

  4. 4

    MyLesen B2 JPJ Fasa 2: Rebut Peluang Ambil Lesen Motor Tanpa Bayar Satu Sen

  5. 5

    [VIDEO] Kekasih Ameera Khan Dikecam, Jefri Nichol Akui Makan Bab* Untuk Lawan Tinju

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem