Saturday, July 5, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Musik

Hampir Setahun Tidak Munculkan Diri, Kini Kucaimars Kembali Dengan “Salah Hati”

by Aphit J.
June 24, 2023
Share on Facebook

Penyanyi muda berbakat bersuara lunak, anak kelahiran Seremban, Negeri Sembilan, Kucaimars kini beralih arah di bawah naungan syarikat rakaman paling sensasi, Armani Entertainment Group (AEG).

Hadir Dengan Salah Hati

Dibawah naungan syarikat tersebut, dia membuat kemunculan single terbaharu berjudul ‘SALAH HATI’ hasil ciptaan komposer terkenal dari Indonesia David dan Dewangga, dan diterbitkan oleh AEG.

Perjalanan seni yang bermula sekitar tahun 2018 dengan menyanyikan lagu-lagu cover mula mendapat perhatian sehingga melayakkan dirinya menjadi salah satu finalis Big Stage 2019 dan berjaya sehingga ke peringkat separuh akhir

Berehat Seketika

via Armani Entertainment

Hampir setahun Kucaimars tidak muncul dengan mana-mana single kerana berehat seketika dan sibuk menguruskan perniagaan yang dijalankan keluarganya.

SALAH HATI menceritakan tentang kisah cinta di antara sepasang kekasih yang mencintai orang lain, walaupun teman lelakinya memberikan segalanya, teman wanitanya tegar mengasihi jejaka lain, ternyata SALAH HATI dan akhirnya kecewa.

Berkongsepkan Galau

Lagu dalam genre pop yang berdurasi 3:41 minit ini ternyata ‘galau’ atau dalam bahasa Melayunya bermaksud ‘sendu’ yang lebih mengusik jiwa-jiwa lara nan terluka kerana silap mencintai seseorang yang telah berubah hati, walaupun ringkas, namun tetap menjentik hati dengan melodinya yang melankolik.

Tambah Kuzaimars lagi, dia mengambil masa selama 2 bulan untuk menyiapkan single tersebut kerana dia mahukan sebuah karya yang betul-betul bermutu dan sedap didengar oleh semua.

Boleh Dimuat turun Di Semua Platforlm

via Armani Entertainment

Lagu SALAH HATI boleh dimuat turun di iTunes Store dan dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar dan nikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian utama seperti Apple Music, Spotify, YouTube Music, KKBox dan Deezer.

Manakala MV single ini pula boleh ditonton secara eksklusif hanya di saluran istimewa YouTube Armani Entertainment.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Kucaimars
https://lomp.at/3y7bj
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem