Saturday, July 5, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Entertainment

Jom Saksikan Program Menarik Sempena Ulang Tahun Saluran Berita RTM Ke-3

by Aphit J.
June 24, 2023
via RTM

via RTM

Share on Facebook

Sempena ulang tahun ke-3 pada 25 Jun ini, Saluran Berita RTM terus mengorak langkah dengan lebih berani.

Berkonsepkan Moden Dan Minimalis

Bermula 1 April lalu bersempena ulang tahun RTM ke-77, bersandarkan tagline “Yang Sahih di Berita RTM”, persembahan dan pengisian program berita dan bual bicara telah menjurus kepada konsep moden minimalis.

Demi memenuhi citarasa penonton dan trend semasa, Saluran Berita RTM telah menyiarkan 53 jam siaran berita pelbagai bahasa dan etnik.

Program bual bicara pelbagai bahasa turut diberi nafas baharu dan bersiaran selama 35 jam dalam tempoh seminggu.

Bermula Pada Julai 2019

Program-program perolehan swasta seperti dokumentari, majalah dan travelog tetap diberi perhatian untuk kepelbagaian program santapan minda kepada penonton di RTM.

Kini, seiring dengan perkembangan teknologi dan digital, Saluran Berita RTM boleh ditonton menerusi platform MYTV 123 untuk siaran definisi tinggi (HD) dan Over The Top (OTT) RTMKlik.

Memulakan siaran percubaan di platform Myfreeview sebagai medium pengujian kelancaran frekuensi siaran, penyelarasan jadual siaran dan operasi di konti siaran pada 21 Julai 2019.

Pelbagai Pengisian Padat

Seterusnya, Saluran Berita RTM terus mengorak langkah dengan bersiaran secara rasmi pada 25 Jun 2020 yang telah dilancarkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB Dato’ Sri Saifuddin Abdullah.

Pengisian jadual siaran padat dengan slot penyiaran berita pelbagai bahasa merangkumi berita TV, berita radio serta berita etnik dari Sabah dan Sarawak seperti berita i-Kadazan, i-Dusun, i-Iban dan i-Bajau.

Selain itu, Saluran Berita RTM yang bersiaran selama 24 jam turut menyiarkan bicarawara pelbagai bahasa terbitan BES serta program-program dokumentari, majalah serta travelog terbitan swasta.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Jom Saksikan “Malaysia - Destinasi Kesihatan Asean”, Dokumentari Khas Terbitan RTM
RTM
https://lomp.at/pr2ss
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem