Sunday, May 5, 2024

‘Ia Boleh Mencela Integriti Saya’ – Baggio Dedah Punca Enggan Sertai Gegar Vaganza

24
KONGSIAN

Baggio ialah vokalis utama kumpulan Damasutra sewaktu penubuhannya pada 1991 dan telah menerbitkan empat album studio sebelum kesemua ahli kumpulan ini membawa haluan masing-masing pada 1996.

Belum Bersedia Mempertontonkan Kelemahan

via Berita Harian

Selepas ramai rakan-rakan seangkatan yang kembali menempa nama setelah menyertai program realiti, Gegar Vaganza, lain pula pandangannya daripada vokalis kumpulan Damasutra itu.

Jelas Baggio, sebagai penyanyi yang telah berkecimpung di dalam dunia seni sejak lebih tiga dekad yang lalu, dia belum sedia untuk mempertontonkan kelemahannya kepada umum.

Tiada Masa Untuk Menyertai

Katanya, dia tiada masa untuk menyertai program tersebut walaupun telah banyak kali ditawarkan untuk menyertai program tersebut.

Tambahnya lagi, dia tidak layak untuk turut serta ke program tersebut kerana bila dia menghadiri program tersebut dia berdepan dengan risiko untuk menunjukkan kelemahan dirinya.

Malah dia juga turut menyatakan untuk ‘play safe’ demi kekal relevan dalam industri tanah air.

Baginya, sebagai manusia yang tidak sempurna, kenapa dia perlu mempersembahkan kelemahan diri dengan menyertai program tersebut.

Boleh Mencela Integriti

via Fantastik

Dia yang seringkali menerima tawaran untuk menyertai program Gegar Vaganza sejak musim pertama lagi telah menolak dengan baik dengan menyatakan terdapat komitmen dalam industri muzik diluar.

Kepercayaan saya adalah berkarya dan bukan untuk memasuki apa-apa progam dalam bentuk realiti yang boleh mencela integriti saya

Katanya nyanyiannya masih lagi mempunyai permintaan dan lagu-lagunya boleh didengarkan di YouTube walaupun sudah tidak aktif bersama Dmasutra.

Dalam perkembangan lain, Baggio teruja apabila Damasutra bakal mengadakan konsert berskala besar sejak 33 tahun penubuhan band tersebut. Konsert 33 Tahun Damasutra bakal berlangsung di Zepp KL pada 27 Oktober nanti.

+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

HOT MINGGU INI