Wednesday, July 2, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Elizabeth Tan Menangis Luah Isi Hati Mahukan Anak Setelah 3 Tahun Berkahwin, Namun Risau Ekonomi Dan Karier

by Puteri Alia
June 26, 2023
111
KONGSIAN
Share on Facebook

Setiap pasangan berkahwin sudah tentunya mengimpikan kehadiran cahaya mata untuk menyerikan rumah tangga.

Namun kadang-kadang tidak semua yang dirancang berlaku seperti yang dimahukan. Ada suami isteri yang lambat dikurniakan zuriat sebagai satu ujian dari-Nya

Ini kerana soal dapat anak adalah ketentuan Allah. Rezeki anak telah ditentukan sejak dari awal kejadian kita lagi. Usah bertanya soalan sinis seperti “Kenapa belum dapat anak lagi?”, terutama pada pasangan yang sudah lama berkahwin.

Walaupun dengan nada bersahaja, muka mereka tersenyum, jauh di sudut hati mereka rasa terluka.

 “Saya betul-betul nak anak. Tapi entahlah, banyak benda kena fikir”.

Demikian kata penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan sambil menitiskan air mata sewaktu meluahkan isi hatinya untuk menimang cahaya mata selepas hampir tiga tahun mendirikan rumah tangga.

Elizabeth atau mesra disapa Lizzy ketika ditemui berkata, selain memikirkan soal kerjaya seninya pada masa hadapan, dia juga perlu mengambil kira situasi ekonomi yang perlu ditanggung bersama suaminya, Dr. Siew Jim.

“Saya perlu bercakap jujur. Suami saya hanya houseman (doktor pelatih) Gaji dia tidaklah banyak sangat.

“Semua perbelanjaan ditanggung oleh saya. Banyak perkara yang perlu saya tanggung. Rumah, kereta termasuk ibu bapa.

“Semuanya saya (tanggung). Saya tidak mahu kecewakan sesiapa dan terlalu banyak tekanan tetapi memang benar-benar mahukan anak,” katanya.

Sambil menyeka air mata, penyanyi yang popular menerusi lagu Knock Knock itu juga bimbang kerjaya seninya bakal terjejas, selepas menimang cahaya mata suatu hari nanti.

“Saya tidak tahu (dilema). Saya nak sangat ada anak sebab usia saya sudah pun mencecah 30 tahun. Tapi saya kena fikir juga soal karier.

“Sebab kalau saya hamil, selama setahun saya tidak boleh bekerja. Watak yang bakal saya terima (berlakon) juga akan lain. Saya sendiri tidak tahu sama ada perancangan saya ini betul atau tidak,” ujarnya.

Lizzy ketika ditemui lawatan media di set penggambaran Viu Original, W: Two Worlds di sini, menambah, banyak perkara yang belum dicapai dalam kerjaya seninya, sama ada sebagai penyanyi dan pelakon.

“Saya nak capai lebih dalam kerjaya saya. Saya takut, disebabkan anak, kerjaya seni akan menurun terutamanya nyanyian.

“Sudah banyak contoh yang saya lihat, ramai penyanyi wanita yang sedang meniti kemuncak populariti, tiba-tiba menjunam selepas berkahwin dan memiliki anak.

“Sedangkan penyanyi baharu semakin ramai membanjiri industri. Perkara itu sangat merisaukan saya,” jelasnya.

Ketika disoal tentang desakan daripada keluarga, Lizzy atau nama lengkapnya Tan Su Mei bersyukur apabila orang tuanya faham akan situasi yang dilaluinya dan tidak pernah mendesak dia dan suami untuk segera menimang cahaya mata dalam masa terdekat.

Elizabeth Tan Menangis Syukur Didoakan Hamil oleh Lelaki Muslim Selepas Solat di Masjid Putrajaya

“Mujur keluarga juga faham dan tidak pernah mendesak saya untuk memiliki anak. Lagi pun saya percaya, semua perkara yang terjadi, berjalan seperti yang telah dirancang oleh Tuhan,” katanya.

Pada Mac lalu, bintang Abang Long Fadil 3 itu pernah mendedahkan bahawa tahun 2023 adalah tahun untuk bersungguh-sungguh menjadi seorang ibu.

Malah, Lizzy turut mendakwa dirinya sudah bersedia untuk menjawat peranan sebagai seorang ibu meskipun menyedari kesibukan suaminya yang berkerja di hospital.

“Tahun ini, saya dan suami cuba untuk dapatkan ‘baby’. I cannot wait (saya tak sabar). Lizzy tak sabar,” katanya teruja.

Lizzy mendirikan rumah tangga dengan Siew Jim, 32, pada 21 Mac 2021 dalam satu majlis perkahwinan kecil-kecilan yang hanya dihadiri keluarga dan kenalan rapat sebagai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pandemik Covid-19

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
2
+1
0
+1
0
+1
1
Elizabeth Tan
https://lomp.at/378ow
Share44Tweet28SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem