Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

“Bukan Cium Biasa Tau, Memang Cium Bersungguh…”- Kehormatan Dicabul, Ara Johari Trauma Dicium

by Puteri Alia
June 26, 2023
319
KONGSIAN
Share on Facebook

Penyanyi Ara Johari mengakui masih terkesan dengan insiden yang dialaminya malam tadi sehingga mengambil tindakan membuat laporan polis.

Memetik laporan berita, Ara berdepan detik mencemaskan apabila seorang lelaki tidak dikenali bertindak melakukan gangguan seksual dengan mencium tangannya selepas dia menjayakan satu persembahan di Nilai, Negeri Sembilan semalam.

“Sejujurnya saya masih trauma dengan insiden yang berlaku malam tadi. Saya ingatkan dia (lelaki yang tidak dikenali) nak fist bumps (berlaga tangan) sahaja, jadi saya pun bagilah fist bumps juga.

“Tapi dia terus tarik tangan saya nak salam, selepas itu dia genggam kuat-kuat. Dia cium tangan saya dua kali.

“Bukan cium biasa tau. Memang cium bersungguh betul. Saya cuba tarik tangan pun tak boleh sebab dia dah pegang tangan saya dengan begitu kuat,” katanya.

Bimbang keselamatan dirinya, Ara membuat laporan polis di Balai Polis Daerah Nilai kira-kira jam 12 tengah malam tadi.

Ara atau pemilik nama penuh, Nurfarrah Izzatie Johari, tindakan untuk membuat laporan polis itu adalah sebagai pengajaran buat mereka di luar sana untuk tidak membuat perkara yang sama kepada orang lain.

“Saya tidak mahu peristiwa yang sama berlaku pada orang lain. Jadi, saya mengambil pendekatan untuk membuat laporan polis.

“Malah, saya juga risau akan keselamatan diri setelah berdepan dengan adegan mencemaskan itu. Jika tidak dikawal mungkin peristiwa yang lebih teruk lagi, siapa tahu?,” kata Ara.

Terdahulu, seorang lelaki ditahan kerana didakwa mencabul kehormatan penyanyi wanita selepas selesai membuat persembahan pada satu acara di Dataran Nilai, Bandar Baru Nilai.

Dalam kejadian jam 11 malam itu, suspek dikatakan mendekati mangsa untuk berswafoto dan selepas selesai bergambar, lelaki itu dikatakan menarik tangan dan mencium tangan artis berkenaan.

[VIDEO] Ara Johari Kongsi Insiden Cemas Ular Sawa 'Tumpang' Bahagian Enjin Kereta!-"Ara Rasa Sebab Semalam..."
What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
1
+1
1
+1
1
+1
4
ara johari
https://lomp.at/jmaty
Share128Tweet80SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem