Kamal Haasan mendedahkan di dalam temubualnya bahawa Shah Rukh Khan patut memiliki hak Hindi dalam filem Hey Ram, kerana beliau tidak mengenakan sebarang bayaran untuk filem tersebut”
Kamal Haasan bekerja bersama Shah Rukh Khan pada tahun 200 dalam filem Hey Ram, di mana Ulaga Nayagan juga menulis, penerbit serta membintangi filem tersebut.
Dalam sebuah temubual, Kamal Haasan mendedahkan bahawa Shah Rukh Khan secara kebetulan melakonkan watrak dalam filem berkenaan secara percuma setelah mengetahui bahawa bajet untuk filem berkenaan semakin berkurangan. Dalam temubualnya bersama Colors Cineplex, Kamal Haasan juga memberitahu bahawa Shah Rukh khan mempunyai hak sendiri dalam filem berkenaan selepas mengutuskan tidak ambil bayaran dahulu.
“Tiada siapa akan percaya jika saya cakap perkara ini, mereka mengatakan Shah Rukh Khan merupakan otak perniagaan begitu juga saya!. Tapi hakikatnya ketika itu Shah Rukh Khan mengetahui bahawa bajet untuk filem berkenaan semakin berkurang, dan dia masih mahu menyertai filem tersebut”-kata Kamal Haasan
“Saya cuma mahu menyentuh Kamal Haasan sahaja di dalam filem berkenaan” ayat Shah Rukh Khan ketika itu. Kamal Hassan sering memberitahu Shah Rukh Khan bahawa dia ada hak dalam filem berkenaan selepas ditayangkan.
“Saya gembira kerana dia memang layak dapat hak filem berkenaan, dia mendapat sejumlah RM57 juta ringgit. Dia layak mendapatkan RM57 juta lagi untuk pengorbanannya dahulu. Saya tidak terfikir betapa berharganya filem itu sekarang sebab Shah Rukh Khan memang layak mendapatkan hak sebegitu, saya tumpang gembira”-kata Kamal Haasan
Shah Rukh Khan tidak pernah terfikir bahawa dia akan mendapatkan hak dalam filem berkenaan pada hari ini.
Baru-baru ini, kedua-duanya Kamal Haasan dan Shah Rukh Khan memberi impak yang terbesar dalam Vikram dan Pathaan sehingga berjaya meraih Box Office!
Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.