Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Indonesia

Belum Nikah… Benarkah Mahalini Bakal Peluk Islam? Ataupun Rizky Febian Harus Menganut Agama Hindu?

by Zaidin Albert
June 30, 2023
71
KONGSIAN
Share on Facebook

Khabar mengenai Mahalini Raharja, yang pernah popular menerusi lagu ‘Sial’ memeluk agama Islam timbul semula selepas video dia bertudung tular di media sosial. Sebelum ini, Mahalini sering menjadi tumpuan sejak menjadi kekasih hati Rizky Febian.

Lebih-lebih lagi, kedua-dua mereka telahpun bertunang dan sekaligus perbezaan agama menjadi perbincangan umum. Selepas bertunang secara rasmi, ramai yang mempersoalkan sama ada wanita yang berasal dari  Bali itu kini sudah memeluk agama Islam, ataupun adakah Rizky Febian yang bakal menganut agama Hindu.

Pakai Hijab

Bagaimanapun, baru-baru ini tular satu foto yang menunjukkan Mahalini Raharja sedang belajar memakai tudung. Kelihatan Mahalini dan Rizky Febian duduk bertentangan antara satu sama lain.

Mahalini memakai baju hitam dan menutup kakinya dengan selimut. Dia kelihatan memakai tudung pashmina hitam, yang masih belum sempurna apabila dirakamkan di Instagram story @bennusorumba.

VIA Instagram @bennusorumba

Daripada kenyataan yang ditulis jurusolek itu, timbul syak wasangka Mahalini diajar memakai tudung oleh kekasihnya.

Ramai yang menyokong Mahalini untuk menjadi mualaf tanpa paksaan sesiapa. Doa agar hubungan harmoni antara Mahalini dan Rizky Febian turut disampaikan oleh ramai netizen.

Sementara itu, Rizky Febian dan Mahalini Raharja sah bertunang pada 7 Mei 2023. Majlis yang bertempat di sebuah hotel mewah di Jakarta itu diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri keluarga serta rakan terdekat.

Kedua-duanya merasmikan hubungan mereka selepas 3 tahun bercinta. Malah Rizky Febian dan Mahalini merancang untuk meneruskan hubungan mereka ke peringkat perkahwinan.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
mahalini raharjarizky febian
https://lomp.at/opsm4
Share28Tweet18SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem