Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Filem

Erysha Emyra & Hun Haqeem Bergandingan Menerusi ‘Chinta Wrong Direction’

by Aphit J.
July 1, 2023
via Astro

via Astro

71
KONGSIAN
Share on Facebook

Apabila dua jiwa yang larut dalam pergelutan hidup masing-masing bertembung, mereka membuka hati untuk saling melengkapi antara satu sama lain.

Menampilkan Pelakon Baharu

Begitulah penceritaan drama terkini Astro Ria, ‘Chinta Wrong Direction’ menampilkan pelakon baharu, Erysha Emyra sebagai Chinta yang hidup dalam kesengsaraan kejaman bapanya.

Chinta bertemu dengan Raja Akid, bosnya di tempat kerja baharu. Raja Akid bak lelaki sempurna; pandai bergaya dan kaya.

Namun dia sebenarnya mempunyai trauma dengan golongan wanita yang berpunca daripada kisah keluarganya yang lampau.

Kehadiran Chinta dalam hidupnya mengubah segala-galanya. Dari dua latar belakang berbeza, mereka saling melengkapi dan mengatasi kekurangan diri masing-masing.

Sarat Dengan Drama Dan Konflik

via Astro

‘Chinta Wrong Direction’ merupakan drama rom-com yang sarat dengan hubungan kekeluargaan dan konflik kasih sayang.

Penceritaan daripada novelis popular, Norhayati Berahim ini juga disaluti unsur-unsur humor dalam memaparkan sisi-sisi romantik watak utamanya serta menyampai mesej dan jalan cerita yang dekat dengan masyarakat sebagai hiburan.

Hun Haqeem menerajui drama ini sebagai hero utamanya, Raja Akid, di samping Erysha Emyra yang membuat kemunculan pertamanya di slot Megadrama Astro.

Pemenang tempat ketiga Dewi Remaja 2022, Kimberly Chuah turut tampil sebagai kawan rapat kepada Chinta, Candy.

Manakala Raff Roslee memegang watak sebagai kawan rapat dan “pasangan” kepada Raja Akid iaitu Fuad.

Ditayangkan Setiap Isnin Hingga Khamis

‘Chinta Wrong Direction’ terbitan Juita Viden Sdn Bhd diarahkan oleh sutradara Hadith Omar ini akan ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis bermula 26 Jun 2023, jam 10.00 malam.

Tayangan secara eksklusif melalui saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel.

Ayda Jebat Dedah Hun Haqeem Tak Pernah Tinggal Solat, Netizen Puji Dua-Dua Artis Rajin Jaga Ibadah

Alami pengalaman Astro Baharu dan strim tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. Whatsapp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838 untuk mendapatkan Pek Primary Astro

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
Erysha EmyraHun Haqeem
https://lomp.at/3m686
Share28Tweet18SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem