Monday, April 29, 2024

Hero Filem Blockbuster KGF, Yash Buat Julung Kalinya Bakal Menemui Peminat Malaysia Pada 8 Julai Ini

21
KONGSIAN
Sebut sahaja tentang perfileman Kollywood di Malaysia, tidak kalah popular daripada deretan filem-filem terkenal Hollywood! Filem India juga mempunyai jumlah peminat setia yang ramai!
Ciri-ciri khas seperti tarian dan nyanyian yang melatari penceritaan sentiasa berjaya memikat hati para penonton.

Namun, bukan hanya tarian dan nyanyian, filem-filem India juga terkenal dengan jalan ceritanya yang dramatis, teratur dan penceritaan yang menarik.

Kalau filem sedih, pastinya ianya bakal meruntun jiwa sehingga dikatakan boleh bengkak mata kerana menangis!

Kalau filem komedi, lawak-lawaknya fresh dan memang tak kering gusi dibuatnya. Begitu juga dengan genre lain, jarang mengecewakan!

Industri filem India kini bukan hanya terkenal dengan filem-filem Bollywood sahaja, sebaliknya ia mula menyaksikan perkembangan industri Kollywood (Tamil sinema), Tollywood (Telugu sinema) dan Mollywood (Malayalam sinema) yang tidak kurang hebatnya, serta semakin terkenal dengan pesona para artisnya.

Terkini, pelakon terkenal India, Yash yang menempa nama dalam filem blockbuster KGF bakal bertermu peminatnya di Malaysia dalam satu majlis yang akan diadakan di ibu negara pada 8 Julai ini.

Beliau diundang sebagai tetamu khas pada majlis pelancaran MS GOLD, butik emas kedua milik syarikat Malik Streams Corporation Sdn Bhd di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu, Datuk Abdul Malik Dasthigeer berkata, kehadiran pelakon Yash atau nama sebenar Naveen Kumar Gowda sudah pasti akan memberikan kesan positif terhadap pembukaaan kedai baharunya yang mempamerkan koleksi emas eksklusif dan elegan.

Majlis ini akan diserikan lagi dengan artis-artis negara serta antarabangsa. Oleh kerana kerjasama Dato’ Abdul Malik bersama artis antarabangsa amat membanggakan.

“Ini sungguh bermakna, pembukaan rangkaian kedua MS Gold ini kerana itu jugalah saya bawakan Yash kepada semua. Saya sendiri antara peminat tegar beliau.

“Nantikan kehadiran Yash anda, pastinya bergegar. Kepada peminat emas, kami di MS janjikan tawaran terbaik, hadiah dan diskaun menarik sehingga 70 peratus,” katanya.

Istimewanya kali ini, MS Gold telah melantik Andrea Maria Jeremiah iaitu pelakon, penyanyi dan pemuzik India secara rasminya sebagai Duta Kejenamaan MS Gold.

Pelancaran MS Gold oleh Dato Malik bukan sahaja mendapat sokongan padu daripada masyarakat tetapi juga daripada personaliti terkenal.

Antaranya ialah penyanyi terkenal Harris Jayaraj dan beberapa artis lain yang membuat persembahan di konsert Dato Malik “Hearts of Harris” baru-baru ini. Artis-artis ini menyatakan sokongan dan ucapan selamat mereka untuk usaha baharu Dato Malik, MS Gold.

Pelbagai aktiviti menarik serta hadiah istimewa bakal menanti setiap yang hadir. MS Gold juga menawarkan diskaun eksklusif bagi setiap pembeli yang membuat pembelian di cawangan kedua MS Gold.

“Setiap pembelian emas yang bernilai RM 5,000 ke atas akan diberikan percuma  gelang kaki perak manakala bagi setiap pembelian berlian yang bernilai RM 5,000 ke atas akan diberikan percuma 1 gram syiling emas,” katanya.

Lebih menarik lagi, MS Gold juga menawarkan diskaun sebanyak 70 peratus bagi upah kuli bagi setiap pembelian. Tawaran ini hanya akan bermula pada 8 Julai 2023!

+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

HOT MINGGU INI